Cemburu motif lelaki disimbah asid: Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti unsur cemburu sebagai motif seorang lelaki disimbah asid di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata perkara itu dirumuskan hasil soal siasat terhadap rakan mangsa yang ditahan Sabtu lalu dan kini direman lima hari sejak semalam.
"Tangkapan membabitkan rakan mangsa yang turut berada di dalam kereta tersebut. Motif dipercayai ada kaitan dengan cemburu dengan kekasih," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat, di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun yang mengenali mangsa itu dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut tersebut.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.
Lelaki itu dikatakan membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.
Mengulas kejadian simbah asid yang banyak dilapor kebelakangan ini, Khalid berkata polis memerlukan masa untuk menyelesaikan kes yang tidak mempunyai motif tertentu.
"Dalam lebih 20 kes penyimbahan cecair yang sedikit masa dahulu gemparkan kita...orang macam itu tak betul, ikut suka hati dia nak simbah sesiapa. Itu makan masa sedikit kita nak kenal pasti suspek," katanya.
Sementara itu Khalid berkata polis sentiasa mengalu-alukan langkah pihak berkuasa tempatan untuk memasang kamera di di kawasan tertentu bagi mencegah jenayah, contohnya seperti kes simbah asid itu.
Kesian betul mangsa-mangsa ini. Kita doakan bahawa penyimbah asid akan ditahan secepat mungkin.
BalasPadamkes simbah asid semakin menjadi2 sekarang ni. harus sentiasa berhati2 kerana bukan orang yang tidak dikenali saja yang sanggup lakukan perbuatan ini. sahabat sendiri pun sanggup lakukan apa saja semata2 kerana cemburu.
BalasPadamharap kes simbah asid ini akan dapat diselesaikan dan mereka yang bersalah akan dapat berkas.
BalasPadamkes simbah asid kini makin menjadi-jadi, orang yang melakukannya benar2 tiada perikemanusiaan. pihak berkuasa kena ambil langkah dalam membentung gejala tersebut.
BalasPadamKenapa manusia mudah hilang pertimbangan?
BalasPadamMenakutkan. Jangan biarkan perasaan marah mengawal diri.
BalasPadamHarap suspek akan dapat dikesan. Tindakkan simbah asid ini boleh diketagorikan sebagai jenayah berat.
BalasPadamtidak ada cara lain bagi menghalang jenayah ini dari terus berlaku selain mengamalkan sikap berhati2 atau melalui tindakan pantas pihak berkuasa menjejaki penjenayah... menghalang penjualan asid berbahaya sangat mustahil kerana ianya sentiasa digunakan oleh orang awam.. mungkin hari ini perlu ada kajian bagi menghasilkan cecair yang boleh meneutralkan asid memandangkan jenayah ini semakin berleluasa..
BalasPadam