Sabtu, Ogos 06, 2011

SERAMAI 250,000 PEMBANTU RUMAH WARGA ASING AKAN DIDAFTAR DALAM SISTEM BIOMETRIK APABILA MAJIKAN BAHARUI PERMIT MEREKA

Pembantu Rumah Didaftar Dalam Sistem Biometrik Apabila Majikan Baharui Permit Mereka

BUTTERWORTH, 6 Ogos (Bernama) -- Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.

"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.

"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di sini hari ini.

Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.

Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.

"Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.

Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi.

27 ulasan:

  1. Harap2 program ini mencapai sasaran objektif.

    BalasPadam
  2. Harap majikan akan mendaftarkan pekerja mereka bila permit dibaharui.

    BalasPadam
  3. hrap lebih ramai warga asing didaftarkan.

    BalasPadam
  4. ramai juga yang menggunakan perkhidmatan pembantu rumah warga asing. harap2 tiada yang akan membawa masalah kepada pihak majikan.

    BalasPadam
  5. program Myskills ni untuk siapa pula?

    BalasPadam
  6. Haraplah sistem biometrik ni mendatangkan sesuatu yang positif. Tak sabar juga melihat perkembangannya.

    BalasPadam
  7. Harap program akan dijalankan dengan lancar sekali. Majikan perlulah menjamin permit pembantu rumah mereka.

    BalasPadam
  8. Para majikan harus bagi kerjasama dalam hal ini. Sekurang-kurangnya matlamat sistem ni dapat juga dicapai.

    BalasPadam
  9. semoga hasrat kerajaan untuk menangani masalah PATI di Sabah juga dapat kerjasama dari penduduk setempat

    BalasPadam
  10. Harap usaha kerajaan dalam Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah ini mendapat sambutan semua pihak.

    BalasPadam
  11. Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.

    Satu usaha kerajaan yang positif dalam menangani masalah PATI

    BalasPadam
  12. jadi apa ditunggu-tunggu lagi, para majikan segeralah memperbaharui permit kerja mereka.

    BalasPadam
  13. semoga program Myskills dapat menarik minat lebih ramai belia untuk menyertainya - satu usaha yang baik dari kerajaan.

    BalasPadam
  14. harap program ini akan berjalan lancar dan akan memberikan hasil yang positif.

    BalasPadam
  15. Berikanlah kerjasama untuk menangani masalah warga asing dinegara kita ini.

    BalasPadam
  16. Ramai juga bilangan pembantu rumah ini. Apa pun kita mengharapkan perkara ini dapat ditangani dan diselesaikan.

    BalasPadam
  17. Kerjasam antara pihak kerajaan vs pihak majikan vs pembantu rumah amat diperlukan untuk menjayakan program tersebut.

    BalasPadam
  18. Masalah dapat ditanggani dengan usaha sama-sama. Satu lagi pencapaian yang baik.

    BalasPadam
  19. Program Myskills memang mendatangkan manfaat yang agak baik dijangka masa panjang, latihan tersebut dapat menghasilkan lebih banyak pekerja mahir, sememangnya diperlukan di pasaran semua negeri dan Sabah.

    BalasPadam
  20. Program 6P ni diperlukan bayaran ke?

    BalasPadam
  21. Program Myskills untuk siapa? Ada bayaran untuk latihan ke? Kalau ada manfaat, tetap kami support..

    BalasPadam
  22. Untuk menjayakan program 6p ni, kerjasama semua pihak diperlukan. Usaha lagi.

    BalasPadam
  23. "Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara,"

    Harap-harap latihan tersebut dapat ditubuhkan ti seluruh negeri termasuk. Lebih ramai yang dapat mempertingkatkan kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

    BalasPadam
  24. Semoga program tersebut dapat dijalan dengan lancar. Kerjasama amat diperlukan.

    BalasPadam
  25. Berapakah tempoh program 6P ni? Adakah program tersebut memerlukan pembantu dan kos yang tinggi?

    BalasPadam
  26. Yang belum daftar, tampirkan diri. Kami perlukan kerjasama anda tau..

    BalasPadam
  27. saya ingatkan program ini untuk semua pekerja asing dan pendatang haram, rupa2nya tidak..

    BalasPadam