Sabtu, Ogos 06, 2011

IBU SAUDARA TIMBALAN MENTERI DITEMUI MATI DIPERCAYAI DIBUNUH, SUSPEK WARGA ASING DITAHAN

Warga emas dibunuh dalam kejadian samun

IPOH 2011/08/06: Ibu saudara Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar, kira-kira 160km dari sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata mayat Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73, ditemui jam 1.30 pagi oleh adiknya yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.

FAUZI (kanan) menunjukkan pisau yang digunakan suspek kes samun dan bunuh pada sidang akhbar di Parit Buntar semalam.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai dipukul dengan objek keras, selain kehilangan barang kemas bernilai RM6,000 dan wang tunai RM1,000, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pintu belakang rumah mangsa didapati telah dipecahkan.

Polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dengan penahanan seorang suspek lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun, tidak jauh daripada tempat kejadian jam tadi, katanya.

Dzuraidi berkata, suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, ini adalah kes bunuh kedua di Perak dalam tempoh seminggu dan suspek kedua-dua kes berjaya ditahan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Khamis lalu, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapurinya di Tambun.

Polis kemudian menahan empat suspek lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun dalam tempoh kurang 24 jam selepas mayat wanita itu ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan