Ahad, Ogos 14, 2011

POLIS BERJAYA TAHAN SUSPEK TETAK BAPA SAMPAI MATI

Polis berjaya tahan suspek tetak bapa sampai mati

SUSPEK kes bunuh seorang warga emas di Padang Terap dibawa keluar daripada Kompleks Mahkamah Alor Setar setelah mendapat perintah tahanan reman semalam. Utusan/HALIM KHALID

ALOR SETAR 14 Ogos — Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi ini.

image Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.

Katanya, jiran mengesyaki suspek pulang ke rumah setelah mendapati lampu rumah dinyalakan sedangkan rumah itu tidak berpenghuni selepas kejadian ngeri Khamis lalu.

Suspek yang terkejut dengan kehadiran pihak polis cuba melarikan diri tetapi gagal ekoran tindakan polis mengepung dan memasuki rumah melalui pintu utama yang tidak berkunci.

"Ketika ditahan suspek masih berpakaian sama seperti kejadian Khamis lalu iaitu memakai seluar berwarna coklat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ku Yaacob berkata, dalam serbuan awal pagi itu, seramai 30 anggota polis dan 24 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan bagi menjejaki suspek.

Beliau berkata, polis akan membawa semula suspek ke tempat persembunyiannya sejak dua hari lalu bagi mencari sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa sehingga mati.

6 ulasan:

  1. perbuatan yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

    BalasPadam
  2. sungguh kejam, sanggup menetak dan membunuh bapa sendiri.

    BalasPadam
  3. lelaki ni memang tidak berhati perut sampai sanggup membunuh orang tuanya dengan kejam. wajar dia dikenakan tindakan yang berat.

    BalasPadam
  4. Tergamaknya anak menetak bapa sendiri. Memang anak tidak mengenang budi.

    BalasPadam
  5. Pembunuh ini ada sakit mental kah sampai tidak dapat kawal diri?

    BalasPadam
  6. Apa anak yang sanggup mentetak bapa kandung sendiri?

    BalasPadam