Jumaat, Ogos 05, 2011

PENDATANG ASING CEROBOH TANAH PERKUBURAN

Pendatang Asing Dipercayai Punca Perkuburan Di Kuala Penyu Sering Diceroboh

KUALA PENYU (Sabah), 5 Ogos (Bernama) -- Belum selesai masalah kawasan Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Manggis di sini diceroboh binatang seperti babi, penduduk kampung itu kini berdepan dengan masalah tanah perkuburan mereka digali untuk mengebumikan mayat pendatang asing tanpa izin.

Begitulah dakwaan pengerusi jawatankuasa tanah perkuburan berkenaan, Abd Rani Abdullah baru-baru ini yang percaya masalah itu mula berlaku ketika Hospital Kuala Penyu di sini masih dalam pembinaan lima tahun lepas.

"Biarpun hospital sudah siap dibina, kami masih mengalami masalah ini apabila pagar perkuburan, termasuk pagar laluan masuk utama, sering rosak akibat sikap tidak bertanggungjawab penceroboh yang memasuki kawasan kubur pada waktu malam untuk mengebumikan orang luar," katanya.

Abd Rani berkata jawatankuasa tanah perkuburan itu tidak mampu memperbaiki dan menyelenggara pagar setiap kali dirosakkan oleh orang luar.

Beliau berharap tindakan dapat dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengusir pendatang asing yang menjadikan kampung itu dan sekitarnya sebagai tempat tinggal mereka selepas hospital itu siap dibina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan