Jumaat, Ogos 05, 2011

PELAJAR TERKILAN KOMPUTER 1MALAYSIA ALAMI KEROSAKAN

Pelajar terkilan komputer 1Malaysia alami kerosakan

5th August, 2011 : BEBERAPA orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau yang menerima komputer riba 1Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berasa terkilan kerana peralatan elektronik yang baru diterima itu telah menunjukkan beberapa kerosakan.

    Tambah mengecewakan, ketika mereka membawa komputer riba tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka dimaklumkan bahawa sebarang urusan untuk membaiki kerosakan pada komputer riba tersebut bukan tanggungjawab mereka.

    “Kami juga ada dimaklumkan yang kami perlu menanggung segala kos untuk membaiki komputer tersebut dengan menggunakan wang sendiri,” kata pengadu.

    “Penjelasan ini adalah amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan apa yang diperjelaskan kepada kami sewaktu mula-mula menerima komputer tersebut. Mereka menjelaskan bahawa komputer yang kami terima berada dalam jaminan untuk tempoh setahun yang mana segala kerosakan akan dibaiki oleh mereka.”

    “Oleh itu, ketika komputer yang saya terima mula menunjukkan masalah, saya merujuk masalah ini kepada seorang guru di sekolah sebelum dinasihatkan untuk berjumpa dengan pegawai yang berkaitan di Jabatan Pelajaran.”

    Pengadu turut menambah di mana dia telah ke Pejabat Pelajaran Daerah bersama dengan beberapa lagi rakannya yang turut mengalami masalah yang sama. “Setibanya di sana, kami di suruh untuk kembali ke sekolah dan tiada sebarang penyelesaian yang diberi.”

    Sementara itu, jurucakap dana Jabatan Pelajaran Ranau ketika dihubungi ActionLine menjelaskan bahawa mana-mana pelajar yang mengahadapi masalah berkaitan dengan kerosakan komputer riba 1Malaysia yang diterima sepatutnya merujuk kepada pihak SKMM atau pembekal komputer tersebut.

    “Mereka boleh mendapatkan nombor telefon pihak pembekal melalui pelekat berwarna merah yang terletak di bahagian belakang komputer itu. Selalunya sebelum mengedarkan komputer itu kepada pelajar kami pasti akan memberikan penjelasan mengenai dengan siapa yang mereka patut rujuk jika komputer terbabit menunjukkan masalah,” katanya.

    Jurucakap terbabit juga menafikan yang pihak mereka tidak menjalankan tanggungjawab untuk membantu pelajar yang datang ke pejabat mereka berkaitan dengan masalah tersebut. “Kami tidak pernah menyuruh mereka membaiki komputer itu dengan wang mereka sendiri tetapi kami akan menasihatkan mereka supaya menghubungi SKMM atau pihak pembekal itu sendiri kerana hanya itu yang dapat kami lakukan untuk membantu mereka.”

    16 ulasan:

    1. tak sangka komputer tersebut mudah rosak. tapi, mana komputer mmg mempunyai jaminan selama setahun.

      BalasPadam
    2. Complicated. too many procedures.

      BalasPadam
    3. hubungi SKMM? Berapa lama kena tunggu untuk dibaiki

      BalasPadam
    4. adakah para pelajar yang telah diagihkan komputer riba 1Malaysia itu menggunakannya untuk pembelajaran?

      BalasPadam
    5. cubalah rujuk dengan SKMM atau pembekal komputer berkenaan...

      BalasPadam
    6. Harap komputer rosak itu akan dibaiki seperti mana yang dijanjikan oleh SKMM.

      BalasPadam
    7. Harap pegawai yang enggan membantu murid-murid tersebut akan diberi amaran kerana tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

      BalasPadam
    8. jika masih ada jaminan, pembekal komputer tersebut pasti akan bertanggungjawab terhadap kerosakan.

      BalasPadam
    9. Pembekal laptop ini harus peka dalam memastikan barangan mereka berfungsi dengan baik. Alptop 1 M'sia tiada warranty kah?

      BalasPadam
    10. Adakah laptop ini akn digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembelajaran? Atau lebih kepada main game? Kurang setuju dengan bantuan laptop ini selain kos yang mahal.

      BalasPadam
    11. Gunalah DeLL... peruntukan sudah diberikan jangan2 ada yang sudah dibahagikan dan membeli laptop yang termurah. Selebihnya masuk dalam poket.

      BalasPadam
    12. Satu lagi cadangan biarlah pemberian laptop itu diberi bersama2 dengan akses broadband.

      BalasPadam
    13. Tengok sendiri. Salah faham oleh pelajar itu sendiri menimbulkan masalah besar. Jadi jangan mudah memberikan kenyataan sendiri yang tidak tepat.

      BalasPadam
    14. lain kali fikir masak2 sebelum buat kenyataan menghentam pihak tertentu..

      BalasPadam
    15. komputer 1 malaysia aku pun dah rosak. x ada pon pihk y berknaan nak tnggungjwab. banyak kali d call x dah tindkan jgk.

      BalasPadam
    16. azira, bersyukur la kau dapat komputer 1 Malaysia.. tidak payah la komplen kalau rosak.. yang empunya komputer tu yang ganas sangat.. baiki sendiri saja la, apa mau minta bantuan lagi..

      BalasPadam