Isnin, Ogos 29, 2011

GARA-GARA ARTIKAL “HARI-HARI CAKAP BOHONG … LAMA-LAMA JADI MENTERI” PENGETUA BUAT LAPORAN POLIS

Bekas pengetua buat laporan polis

image KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini terkejut apabila nama dan nombor kad pengenalannya tersenarai antara 430 individu yang murtad di negara ini dalam satu laman blog baru-baru ini.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 60, menyedari namanya tersenarai dalam blog tersebut setelah dimaklumkan oleh anaknya kira-kira pukul 9 malam tadi.

Beliau yang terkejut dengan kewujudan namanya itu kemudian membuat laporan di Balai Polis TTDI di sini pukul 2 petang ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, tujuan laporan polis itu dibuat adalah meminta pihak berkuasa menyiasat secara terperinci bagaimana maklumat dirinya itu boleh tertera dalam senarai berkenaan.

Katanya, penyenaraian nama beliau itu boleh dianggap satu fitnah yang amat dahsyat dan menjatuhkan maruahnya selain mencemarkan nama baik beliau sebagai bekas pengetua dan keluarganya.

"Saya akan mempertimbangkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh laporan polis ini dibuat," katanya ketika ditemui di pekarangan balai polis itu hari ini.

Pada 25 Jun lalu, laman blog Malaysia Times ada menyiarkan satu artikel bertajuk "Hari-hari cakap bohong ... lama-lama jadi menteri" yang menyenaraikan hampir 430 orang berbangsa Melayu tetapi beragama Kristian, Buddha dan Hindu.

Penulis yang dikenali sebagai MSK memetik senarai nama terbabit dari Daftar Pemilih Perak dan menjumpai 428 pengundi Melayu bukan Islam.

13 ulasan:

  1. ...dipetik dari Daftar Pemilih Perak..? Bila rakyat kata daftar pemilih tak bersih, mereka disenbur dengan air, dengan gas, disepak, diketuk dengan belantan...Apa Ni? tolong jawab !

    BalasPadam
  2. Jangan2 semua nama yang disenaraikan, sebenarnya mereka tidak pernah murtad. Siapa la yang tidak ada kerja ni sehingga memfitnah??!!

    BalasPadam
  3. Perkara ini perlu disiasat. Jangan biarkan individu yang suka memfitnah ini terlepas dari hukuman!

    BalasPadam
  4. Sungguh mengejutkan bila butir2 peribadi juga mereka boleh dapat. Penulis blog itu harus disiasat.

    BalasPadam
  5. Harap kes ini akan disiasat dengan teliti supaya mereka yang tidak bersalah tidak akan difitnah.

    BalasPadam
  6. Memang menyejutkan kalau didapati nama sendiri dipaparkan tapi sebenarnya tidak bersalah.

    BalasPadam
  7. pasti ada pihak2 tertentu yang mempergunakan isu murtad untuk kepentingan mereka.

    BalasPadam
  8. harap blogger sentiasa berhati2 dalam memetik sebarang artikel. perlu ada bukti2 yang sahih.

    BalasPadam
  9. Kalau TV3 pun boleh siarkan berita palsu penuh kontroversi yang mengundang provokasi dan menyentuh sensitiviti pelbagai agama, inikan pula bloggers...suka sangatlah tu nak buruk2 kan pihak lain.

    BalasPadam
  10. Patut mereka yang sembarangan saja mengeluarkan artikel2 sedemikian dikenakan hukuman.

    BalasPadam
  11. siasat jangan tak siasat.. penulis dan spr perlu disiasat..

    BalasPadam
  12. biarlah pekara ini disiasat untuk mengetahui apa yang berlaku..

    BalasPadam
  13. Siasatan memang perlu atas tuduhan ini. Siapakah yang punya angkara ini?

    BalasPadam