Rabu, Ogos 10, 2011

GADIS 17 TAHUN DIPUJUK LARI LELAKI MISTERI SELEPAS BERKENALAN DI FACEBOOK

Pujuk bawa lari

IPOH 10 Ogos 2011: Seorang gadis berusia 17 tahun dipercayai ‘diculik’ seorang lelaki misteri yang dikenalinya melalui laman sosial facebook, beberapa minggu lalu.

Seri Najwa Ferda Hasan, dipercayai dipujuk lelaki berkenaan supaya melarikan diri selepas suspek turut menghubungi telefon bimbit mangsa sebanyak 134 kali.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, berkata, anaknya yang menuntut di tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar hilang sebaik keluar ke sekolah kira-kira jam 6.45 pagi, Khamis minggu lalu, dengan berpakaian sukan, selain membawa komputer riba.

(GH) “Beberapa saksi mendakwa melihat Najwa menaiki skuter merah ditunggang seorang lelaki di hentian bas berhadapan Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Kampar.

“Mereka memberitahu ada seorang lelaki menaiki skuter itu mengambil anak saya di hentian bas berkenaan dan membawanya menghala ke jalan utama Ipoh-Kampar,” katanya.

Seri berkata, kehilangan anaknya itu amat misteri berikutan mereka sekeluarga tidak berselisih faham dengannya.

Menurutnya, dia mula menyedari kehilangan Najwa selepas mendapati anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga waktu berbuka puasa malah usaha menghubungi telefon bimbit anaknya itu gagal.

“Saya cuba menelefonnya beberapa kali namun tiada jawapan. Malah, saya juga berusaha menjejakinya menerusi facebook, namun statusnya tidak aktif. Saya amat risaukan keselamatannya kerana Najwa tidak pernah bersikap begini,” katanya.

Seri Wangi yang kini menetap di Rancangan Perumahan Tersusun Tualang Sekah, Malim Nawar berkata, naluri keibuannya kuat merasakan ada seseorang melarikan Najwa.

“Saya tidak fikir anak saya melarikan diri kerana kelakuannya pada hari kejadian seperti mahu ke sekolah. Malah kad pengenalannya masih berada dalam simpanan saya. “Dia sentiasa memaklumkan kepada saya jika ingin ke mana-mana. Berdasarkan siasatan, ada seorang lelaki menghubungi telefon bimbitnya sebanyak 134 kali sebelum Najwa didapati lesap,” katanya.

Seri Wangi berkata, laporan polis berhubung kehilangan anaknya sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada jam 10.45 Khamis lalu.

Beliau merayu mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Najwa segera menghubunginya di talian 017-59999137 atau menghantarnya ke balai polis berdekatan.

7 ulasan:

  1. harap keluarga gadis tersebut akan dapat menemui gadis tersebut secepat mungkin..

    BalasPadam
  2. Jangan mudah dipengaruhi oleh lelaki yang tidak dikenali dari laman sosial.

    BalasPadam
  3. banyak sudah kes berhubung dengan FB ni. sebaiknya gunalah laman sosial ni untuk tujuan yang baik dan mendatangkan manfaat. sepatutnya jangan memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali dan bukan atas urusan penting.

    BalasPadam
  4. Penjenayah seperti ini bukan saja bijak berkata-kata, malah mereka juga ada kemungkinan menggunakan jampi 'guna2' untuk memukau seseorang itu. Bahaya ni.

    BalasPadam
  5. Jangan buat keluarga merasa bimbang. Itu bukan langkah yang baik sebagai seorang anak.

    BalasPadam
  6. Harap2 dia pulang ke pangkuan keluarga.

    BalasPadam
  7. teruskan usaha menjejaki mangsa dan saya harap orang awam juga turut berkerjasama.

    BalasPadam