Ahad, Ogos 14, 2011

DUNIA AKAN BERDEPAN KRISIS HUTANG LEBIH BAHAYA?

Dunia berdepan krisis hutang lebih bahaya: Bank Dunia

SYDNEY: Ketua Bank Dunia semalam memberi amaran, ekonomi global berdepan dengan ancaman “baru dan lebih berbahaya” ketika Eropah dilanda krisis hutang.

Robert Zoellick berkata, isu hutang yang membelenggu Eropah jauh lebih sukar berbanding masalah “jangka sederhana dan panjang” yang memperlihatkan taraf bebas kredit AS diturunkan pada minggu lalu.

“Kita berada di peringkat awal ribut baru dan berbeza. Ia tidak sama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya merujuk kepada krisis kewangan global ketika itu.

Zoellick memberikan pandangan itu dalam wawancara dengan wartawan akhbar Weekend Australian .

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kata Zoellick, dunia bergerak memasuki fasa baru dan lebih berbahaya berbanding krisis yang pernah dialami sebelum ini.

Katanya, walaupun seseorang yang menanggung kurang hutang berbanding ketika krisis kewangan global sebelum ini tidak akan menerima kesan sama, ruang untuk menyelamatkan diri semakin sempit.

“Kebanyakan negara membangun menggunakan semua ruang fiskal dan melaksanakan dasar kewangan selonggar yang termampu,” katanya.

Menurut Zoellick, masalah hutang Eropah ketika ini boleh menimbulkan cabaran paling besar kepada ekonomi dunia walaupun masih ada harapan untuk Sepanyol dan Itali.

“Pengajaran daripada krisis 2008 ialah, semakin lewat anda bertindak, semakin banyak yang perlu anda lakukan.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Eropah mampu mengatasi masalah yang membelenggu mereka,” katanya.

8 ulasan:

  1. negara-negara eropah dan Amerika juga mengalami krisis sekarang ini.

    BalasPadam
  2. harap ekonomi negara berada dalam keadaan stabil dan semuanya dalam keadaan baik.

    BalasPadam
  3. kita kena bersedia dan mengambil langkah awal bagi menghadapi krisis tersebut.

    BalasPadam
  4. Malaysia tidak akan terhindar daripada kesan yang dibawa oleh krisis hutang di Eropah. keadaan ekonomi Malaysia sekarang pun kelihatan tidak stabil dengan kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan.

    BalasPadam
  5. Harap Eropah dapat menangani krisis yang mereka hadapi ini. Kerana jika tidak akan menjejaskan ekonomi negara yang lain nanti.

    BalasPadam
  6. Krisis ekonomi ini memang sangat membimbangkan. Harap kita dapat menanganinya dengan baik.

    BalasPadam
  7. Adakah ini kesannya bila banyak kenaikan harga dialami tahun ini?

    BalasPadam
  8. Kenaikan harga ikut perkembangan ekonomi semasa. Mungkin sebab itu kerajaan menaikkan harga barang2 tertentu. Jadi rakyat tak boleh salahkan kerajaan 100%.

    BalasPadam