Khamis, Julai 21, 2011

TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

----

Teoh Alami Perubahan Minda Kerana Ragu-ragu, Konflik Dan Beremosi

"Setelah diseksa dengan kesukaran ini, Teoh mengalami perubahan pada keadaan mindanya. Dalam beberapa jam, perubahan ini mengubahnya daripada berada dalam kumpulan berisiko rendah untuk membunuh diri kepada kumpulan berisiko tinggi.

"Apabila dia putus harapan, Teoh berasa terjebak dan tewas kepada kekecewaan. Disebabkan tingkap di tingkat 14 telah terbuka ataupun mudah dibuka, dan ia adalah jelas dan boleh diakses dari sofa di mana dia berada di luar bilik Nadzri (Penolong Kanan Penguasa SPRM Selangor, Mohd Nadzri Ibrahim), Teoh mendapati bahawa satu-satunya cara untuk melepaskan dirinya daripada kesengsaraan yang dilaluinya adalah dengan melompat keluar dari tingkap itu, biarpun ini bermakna mengambil nyawanya sendiri,"

kata lima anggota suruhanjaya sebulat suara di dalam laporan setebal 124 muka surat.

11 ulasan:

  1. Kes ini masih belum selesai?

    BalasPadam
  2. Suruhanjaya sudah mengenalpasti punca kematian Teoh Beng Hock.

    BalasPadam
  3. adakah Teoh benar2 bunuh diri?macam ragu2 pula..

    BalasPadam
  4. jadi kes ni sudah selesai dengan keputusan bahawa Teoh memang benar2 bunuh diri?

    BalasPadam
  5. suruhanhaya dah mendapati bahawa kematian TBH adalah disebabkan bunuh diri kerana tak tahan dgn tekanan siasatan dari anggota SPRM.

    BalasPadam
  6. Hanya Teoh dan Tuhan saja tahu punca kematian beliau. Apabila melibatkan politik, macam2 boleh berlaku.

    BalasPadam
  7. Kes ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan kesangsian. Walaupun laporan mengatakan Teoh membunuh dri, masih ramai di luar sana tidak bersetuju dengan laporan tersebut.

    BalasPadam
  8. Kematian Teoh Beng Hock adalah disebabkan masalah tekanan.

    BalasPadam
  9. I don't think he would commit suicide.

    BalasPadam
  10. kalau bilik itu diletakkan cctv, persoalan untuk kes ini tidak la berlarutan sampai sekarang..

    BalasPadam