Selasa, Julai 26, 2011

SEORANG TERBUNUH, TIGA CEDERA DITEMBAK DI LAUT

Seorang Terbunuh, Tiga Cedera Ditembak Di Laut

TAWAU, 26 Julai (Bernama) -- Seorang pemancing terbunuh manakala tiga rakannya berjaya menyelamatkan diri selepas ditembak oleh dua lelaki dalam satu kejadian di perairan Kilometer 8, Jalan Apas, dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa yang terbunuh yang hanya dikenali sebagai Rambo, 40-an, terkena tembakan di bahagian kaki sebelum terjatuh ke dalam laut.

Mayat mangsa telah ditemui oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 1.37 tengah hari tadi selepas gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin ketika mengesahkan kejadian itu berkata Selasa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu kira-kira 11 malam daripada tiga rakan mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Katanya sebelum kejadian keempat-empat mangsa yang berumur lingkungan 20-an hingga 40-an sedang memancing di perairan berkenaan apabila mereka dihampiri oleh sebuah bot yang dinaiki dua lelaki dengan memiliki senjata api.

Suspek kemudian melepaskan beberapa das tembakan lalu mengenai kaki salah seorang mangsa menyebabkannya erjatuh ke laut.

Katanya melihat keadaan merbahaya itu, tiga rakan mangsa terus terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dengan berenang sehingga ke tebing untuk meminta bantuan.

Menurutnya salah seorang daripada mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau manakala dua lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Ibrahim berkata, sebuah bot jongkong bersama dua buah enjin sangkut berkuasa kuda 40 dan 18 bernilai RM10,000 milik keempat-empat mangsa turut dilaporkan hilang dipercayai dilarikan kedua-dua suspek.

Bagaimanapun, Ibrahim menggesa nelayan dan pengusaha industri pelancongan agar tidak gusar dan bimbang dengan tahap keselamatan di perairan Tawau kerana kes dilihat lebih kepada bermotifkan dendam.

10 ulasan:

  1. Harap keselamatan di sekitar perairan akan diketatkan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku lagi.

    BalasPadam
  2. Rakyat jelata juga perlulah berhati-hati.

    BalasPadam
  3. Bermotfkan dendam? harap kes ini dapat diselesaikan.

    BalasPadam
  4. mungkinkah suspek warga asing?diharap kedua2 suspek tersebut segera ditangkap.

    BalasPadam
  5. msti suspek adalah warga asing, kerana amat sukar untuk warga tempatan mendapatkan senjata api.

    BalasPadam
  6. harap kes ini akan dapat diselesaikan dengan segera. ini bagi memastikan kawasan tersebut adalah selamat dan penjenyah dapat ditangkap.

    BalasPadam
  7. Sikit2 nak berbunuh. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang.

    BalasPadam
  8. harap bukan kes lanun di perairan..

    BalasPadam
  9. Mungkin juga dendam dan mungkin juga adalah lanun dan pendatang yang melakukannya. Harap kawalan dapat dilakukan diperairan Tawau ini.

    BalasPadam
  10. daripada menggesa nelayan dan pengusaha industri pelancongan supaya tidak bimbang, baik lakukan operasi membersihkan perairan Tawau dari sebarang bentuk jenayah.. memandangkan sudah ada kes bunuh atau serangan penjenayah, orang awam tetap akan bimbang untuk berada di kawasan itu..

    BalasPadam