Isnin, Julai 04, 2011

Pesta Moginakan Nunuk Ragang, 9 Julai

Pesta Moginakan Nunuk Ragang, 9 Julai

RANAU 3 Julai - Pesta Moginakan Nunuk Ragang akan diadakan selama dua hari bermula 9 Julai ini, di pekarangan Tugu Peringatan Nunuk Ragang, Kampung Tompios, Ranau.

Timbalan Presiden KDCA, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaannya, Datuk Dr. Othman Minudin berkata, moginakan dalam bahasa Dusun bermaksud kenduri besar-besaran, diadakan sempena majlis ulang tahun pertabalan Huguan Siou kali ke-27.

Menurutnya, pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan upacara penuh tradisi masyarakat Kadazandusun yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun pertabalan itu.

Jelasnya, satu perarakan penuh tradisi akan diadakan yang melibatkan pahlawan suku kaum Kadazandusun lengkap berpakaian, bersama kumpulan bobolian daripada pelbagai suku etnik Kadazandusun.

''Pada tahun ini, kita akan membuat kelainan yang mana buat pertama kalinya perarakan ini akan diiringi dengan 30 kumpulan pemukul gong yang masing-masing akan membuat paluan secara serentak.

''Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman tradisi," katanya selepas mengadakan mesyuarat persediaan sambutan Pesta Moginakan Nunuk Ragang 2011 di pejabat Daerah Ranai, semalam.

Beliau berkata, pihak penganjur telah mengatur pelbagai acara menarik, antaranya pertandingan nyanyian rombituon Nunuk Ragang, mini kembara Nunuk Ragang, persembahan tarian dan muzik tradisi dan acara momurinait oleh Bobolian.

Katanya, bagi yang berminat dengan acara sukan, boleh menyertai sukan tradisi seperti menutu parai (menumbuk padi), tarik tali, momolositik, monopuk dan marampanau.

Othman berkata, mereka yang ingin mengambil bahagian atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan acara itu boleh menghubunginya di talian 0198828817.

Orang ramai dijemput menyaksikan acara berkenaan, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Nunuk Ragang.

16 ulasan:

  1. Harap Huguan Siou akan berusaha berkhidmat untuk rakyat yang memberikan sokongan kepadanya.

    BalasPadam
  2. Rakyat-rakyat ini bergantung dan menyimpan harapan kepada Huguan Siou mereka untuk memperjuangkan hak mereka, harap Huguan Siou ini tidak akan mengecewakan mereka.

    BalasPadam
  3. Wah!!!mesti meriah ni kan. Tapi harap2 Pairin akan lebih berjiwa rakyat lagi.

    BalasPadam
  4. ini merupakan satu lagi pesta tradisi bagi masyarakat Kadazandusun.

    BalasPadam
  5. sambutan ini pasti meriah ditambah dengan kehadiran orang ramai.

    BalasPadam
  6. Nampaknya aktiviti2 yang dirancang menyeronokkan. Usaha yang baik kerana dapat mengekalkan upacara tradisi seperti ini.

    BalasPadam
  7. Harap Huguan Siou akan lebih proaktif dalam memajukan bangsa KDM.

    BalasPadam
  8. Pesta ini juga pasti akan menarik perhatian para pelancong untuk datang ke Ranau.

    BalasPadam
  9. semoga generasi muda sekarang dapat meneruskan upacara-upacara tradisi seperti ini agar tidak pupus ditelan zaman.

    BalasPadam
  10. Nampak menarik pesta ini. Pelbagai dan bermacam hidangan dan acara permainan diadakan. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pesta ini.

    BalasPadam
  11. pasti pesta ini akan diadakan dgn meriah.

    BalasPadam
  12. This should be very interesting and cultural.

    BalasPadam
  13. May it be a successful event. Everyone should come and show their support. Spread this news to your family and friends.

    BalasPadam
  14. saya harap pesta ini tetap mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar walaupun tarikhnya jatuh pada waktu yang sama penganjuran perhimpunan Bersih di semenanjung.

    BalasPadam
  15. Pelancong yang berminat boleh lah berkunjung ke tempat perayaan itu.

    BalasPadam
  16. apapun semoga Huguan Siou kita panjang umur.

    BalasPadam