Isnin, Julai 04, 2011

Kucing ditembak 30 kali masih hidup

Kucing ditembak 30 kali masih hidup

LONDON 2011/07/04: Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali, lapor akhbar Daily Mail.

Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi.

13 ulasan:

  1. Jahat betul orang yang sanggup mencederakan haiwan yang tidak berdosa. Kesian kucing ni, nasib baik masih hidup, mesti tuhan yang memberkatinya.

    BalasPadam
  2. Kucing tu angkat tangan tanda surrender. Agak lucu juga. Tapi siapa juga yang begitu kejam menembak kucing yang comel ni.

    BalasPadam
  3. perbuatan mendera haiwan adalah amat tidak bertanggungjawab dan patut dikenakan hukuman.

    BalasPadam
  4. What goes around comes around.

    BalasPadam
  5. kes penderaan terhadap haiwan juga begitu dititik beratkan. apatah lagi manusia..

    BalasPadam
  6. Sungguh kejam sehinggakan ditembak.

    BalasPadam
  7. sungguh kejam mereka yang sanggup menembak kucing tersebut. tapi syukurkah kucing tersebut masih hidup.

    BalasPadam
  8. kucing secomel ini pun ada juga orang yang bersikap kejam nak membunuhnya...aduh...

    BalasPadam
  9. 30 times and yet still alive? That's amazing.And here i thought that cat has only 9 lives.

    BalasPadam
  10. No one should ever abuse or kill an animal. That's just cruel and inhuman thing to do!

    BalasPadam
  11. saya lebih tertarik dan ingin tahu bagaimana kucing itu boleh hidup selepas ditembak 30 kali??

    BalasPadam
  12. Isu sebenarnya ialah jangan melakukan kekejaman terhdapa haiwan.

    BalasPadam