Selasa, Julai 12, 2011

Pendatang Tanpa Izin Punca Penularan Batuk Kering Di Negara Ini

Pendatang Tanpa Izin Punca Penularan Batuk Kering Di Negara Ini - Liow Tiong Lai

SEREMBAN, 12 Julai (Bernama) -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pendatang tanpa izin dikenal pasti sebagai punca penularan penyakit batuk kering di negara ini.

Beliau berkata ini kerana, pendatang tanpa izin masuk ke negara ini tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Pendatang asing yang masuk ke negara ini secara sah tiada masalah sebab mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam ke-6, di sini pada Selasa.

Beliau berkata buat masa ini jangkitan batuk kering pada kalangan rakyat Malaysia didapati meningkat berbanding penyakit lain seperti tifoid, denggi, malaria dan HIV yang semakin menurun.

Justeru katanya, program pemutihan pendatang asing secara menyeluruh yang akan dilaksanakan nanti dapat membantu kementeriannya mencegah penularan penyakit berjangkit seperti batuk kering itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan terdapat 19,337 kes penyakit batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) dikesan di Malaysia sepanjang tahun lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan orang ramai bahawa terdapat klinik kerajaan mengalami masalah kekurangan ubat, Liow meminta mereka yang berkenaan berhubung dengan kementeriannya.

"Masalah itu tidak sepatutnya berlaku kerana semua klinik kesihatan kerajaan perlu memastikan bahawa stok ubat mereka mencukupi. Tidak ada alasan mereka tidak mempunyai ubat malah bekalan boleh diperolehi dari hospital kerajaan atau klinik terhampir," katanya.

-----

Proses Daftar Pekerja Asing Ditangguh

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Proses pendaftaran besar- besaran pendatang asing bagi "program 6P" yang sepatutnya bermula Isnin telah ditangguhkan kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum berpuas hati dengan tahap persediaannya.

"Walaupun (perancangan) berada di tahap yang bagus tapi belum sampai tahap yang puaskan hati saya sendiri.

16 ulasan:

  1. PATI mmg punca segala masalah, penyakit merbahaya pun mereka juga penyebarnya.

    BalasPadam
  2. maka itu, masalah PATI ni harus diselesaikan sebaik mungkin. dan adalah lebih baik jika negara asal PATI ni bekerjasama untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  3. Masalah PATI ni macam AIDS. Tiada penawar. Sepatutnya masalah ini ditangani dari awal2 lagi. Bukan bila sudah jadi teruk, baru mahu bertindak.

    BalasPadam
  4. nampaknya kemasukan pati juga boleh menyebabkan penularan penyakit.

    BalasPadam
  5. pekara ini perlu ditangani dengan segera agar masalah yang timbul tidak akan menjadi lebih teruk lagi.

    BalasPadam
  6. Itulah kenapa mereka mendapat gelaran Punca kepada segala masalah.

    BalasPadam
  7. Hospital2 kerajaan pun penuh dengan PATI.

    BalasPadam
  8. Isu PATI mesti diselesaikan secepat mungkin jika tidak, entah apa lagi masalah yang akan timbul akibat kemasukan mereka di negara ini.

    BalasPadam
  9. mungkin betul juga.. sebab PATI ni masuk bukan dengan cara yang betul.. bila cara masuk tu tidak betul segala proses pemeriksaan juga tidak dapat dijalankan terhadap mereka..

    BalasPadam
  10. PATI is mother of all threats..

    BalasPadam
  11. pasal tu lah PATI harus dibasmi sepenuhnya..bukannya menghalalkan mereka tinggal di sabah.

    BalasPadam
  12. yang mendominasi klinik2 dan hospital di sabah adalah PATI..hak tempatan dicabuli..ini pun susah sangat kah menteri KDN nampak?

    BalasPadam
  13. bosan dengan hishammudin yang berdolak-dalik dan tidak serius/agresif menyelesaikan isu PATI di sabah..

    BalasPadam
  14. pemimpin2 sabah harus bersatu untuk menekan putrajaya agar langkah2 yang agresif diambil untuk menyelesaikan isu PATI di sabah termasuk penubuhan RCI.

    BalasPadam
  15. Alamak. Hantar la ni PATI balik negara sendiri.

    BalasPadam
  16. Ini tidak mustahil berlaku. Kerana PATI yang datang di negara kita tidak tahu tahap kesihatan mereka. Jadi bila mereka ini berpenyakit masuk ke negara kita maka pasti akan berjangkit kepada mereka yang dekat dengan pesakit ini.

    BalasPadam