Sabtu, Julai 30, 2011

MOHD ASHRAF HAFIZ MENINGGAL DUNIA DI ICU

Mohd Ashraf Hafiz Meninggal Dunia Di ICU

image KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Bernama) -- Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

----

"Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,"

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,"

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

----

MAN FAILS IN BID TO BE LEGALLY DECLARED A WOMAN

8 ulasan:

  1. Mungkinkah allahyarham membunuh diri kerana terlalu tertekan?

    BalasPadam
  2. Takzaih kepada keluarga.

    BalasPadam
  3. nampaknya inilah kesudahan Ashraf. semoga Ashraf dpt bersemadi dgn aman.

    BalasPadam
  4. Takziah diucapkan kepada keluarga Ashraf.

    BalasPadam
  5. adakah mungkin sebahagian berpunca daripada pembedahan penukaran jantina yang telah dijalaninya? Takziah kepada keluarga allahyarham.

    BalasPadam
  6. takziah diucapkan kepada keluarga Ashraf..

    BalasPadam
  7. Takziah kepada keluarga Mohd Ashraf.

    BalasPadam
  8. Condolences to the family.

    BalasPadam