Mangsa hilang Sabtu lalu disyaki dibunuh
GEMAS 2011/07/26: Seorang ejen pekerja asing yang hilang sejak Sabtu lalu, ditemui mati dipercayai dibunuh dengan keadaan leher hampir putus, telinga kanan hilang dan pergelangan tangan kanannya putus, dalam lubang yang ditutup daun kering di ladang getah dekat Pasir Besar di sini, awal pagi semalam.
Mayat Mohd Sofian Mustafa, 34, ditemui hampir reput dicampak dalam lubang sedalam satu meter.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata mayat mangsa yang masih bujang ditemui di Kilometer 10 Jalan Gemas-Pasir Besar, kira-kira jam 1 pagi.
Katanya, mangsa meninggalkan rumahnya di Dangi, Kuala Pilah ke FELDA Palong, Jempol, kerana urusan kerja sebagai pembekal pekerja asing ke ladang dan tanah rancangan FELDA, dipercayai membawa wang tunai RM3,000.
“Mangsa meminjam kereta adiknya yang dijumpai penduduk tempatan dan kemudian melaporkan kepada polis. Ketika itu, mayatnya belum ditemui.
“Apabila adiknya dipanggil ke tempat kejadian, dia terkejut menemui mayat abangnya dalam keadaan mengerikan,” katanya, semalam.
Wooi berkata, siasatan awal mendapati mangsa parah di kepala, leher dan tangan, tetapi tiada senjata ditemui di tempat kejadian, manakala dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM3,000 miliknya hilang.
Sementara itu Mohd Yatim, 29, yang menemui mayat abangnya berkata, polis datang ke rumahnya jam 12.20 pagi semalam dan memaklumkan menemui keretanya di ladang getah dekat FELDA Pasir Besar.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Safari Sidik di talian 019-7582222.
Crime rates within the state is on the rise.
BalasPadamHope that the police will help keep the state safe from crimes.
BalasPadamKejamnya. Harap kes ini dapat dibela seadil-adilnya.
BalasPadamada kemungkinan pekerja asing yang lakukan pembunuhan ni. mungkin kerana wang tersebut ataupun ada motif dendam. apapun, biar pihak polis yang siasat. harap2 pembunuhnya segera diberkas.
BalasPadamharap kes ini akan dapat diselesaikan dan penjenyah yang melakukan kesalahan tersebut akan mendapat hukuman yang berat.
BalasPadamsungguh kejam pembunuhan tersebut. harap si pembunuhnya dpt dikesan dan dikenakan hukuman berat.
BalasPadamApa sahaja yang kita lakukan akan terjadi kepada diri kita sendiri, hanya menunggu masa...
BalasPadamSemoga pembunuh itu akan dihantui jenayah yang dilakukan buat seumur hidupnya.
BalasPadamkejam sungguh orang yang melakukan jenayah ini...mungkin ini dah dirancang..
BalasPadamMcm senang ja orang buat jenayah oo.. Kalau ya pun tak takut dengan undang2, agak2 juga lah sikit:P
BalasPadamSemoga pihak berkuasa akan terus berusaha mengurang kadar jenayah yang berlaku di negara kita :)
BalasPadamSemakin hari bertambah kes jenayah ini. Harap mereka yang bersalah ini akan dapat ditahan.
BalasPadambahaya ada dimana2.. jangan harap polis akan berkawal di semua tempat.. jadi amalkan sikap sentiasa berhati2 pada bila2 masa dan dimana jua kita berada.
BalasPadam