Khamis, Julai 28, 2011

KANAK-KANAK TANPA DOKUMEN BOLEH MASUK SEKOLAH KERAJAAN?

Kanak-kanak Rakyat Malaysia Tanpa Dokumen Boleh Masuk Sekolah Kerajaan

TAWAU, 26 Julai (Bernama) -- Kanak-kanak yang status kewarganegaraannya tidak jelas namun salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia boleh diterima masuk ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkara berkenaan telah menjadi dasar kerajaan sejak tahun 2008.

"Surat perkeliling bekas Ketua Pengarah Pelajaran bertarikh 11 Mac 2009 jelas mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Persekolahan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen di sini Selasa.

Beliau berkata dari tahun 2009 hingga tahun ini, Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) Tawau telah merekodkan 105 kanak-kanak tanpa dokumen dan berstatus tidak pasti dan 94 orang daripadanya telah diterima masuk sekolah.

Katanya mana-mana pelajar yang berstatus tidak jelas dan dokumen mereka masih dalam penyiasatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga boleh diterima sehingga keputusan muktamad dikeluarkan jabatan berkenaan.

"Komitmen yang diberikan oleh kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Kalabakan dan Tawau dengan PPD sangat positif dalam perkara pendidikan," katanya.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Adun Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Infrastuktur yang juga Adun Merotai Pang Yuk Ming.

19 ulasan:

  1. namun perlu pastikan ibu bapa atau salah seorang merupakan warganegara Malaysia..

    BalasPadam
  2. I've never heard about this before. I only know Indonesian children can go to this special school that their government build here.

    BalasPadam
  3. Hope that this allegation will be investigated first.

    BalasPadam
  4. Namun begitu, tempoh masa perlu diberi kepada orang tua kanak2 untuk memperolehi dokumen yang sah agar tidak timbul masalah dikemudian hari.

    BalasPadam
  5. Inilah masalahnya jika berkahwin dengan rakyat warganegara asing. tapi terdapat juga kes di mana kedu-dua ibu dan bapa merupakan bumiputera namun anak tiada surat beranak. bila masuk sekolah menengah anak tersebut menghadapi masalah untuk meneruskan persekolahan kerana timbul pula masalah IC. jadi ada yang langsung tidak meneruskan pelajaran.

    BalasPadam
  6. harus siasat status kewarganegaraan yang tidak jelas.

    BalasPadam
  7. tak kira warga asing atau tempatan, pendidikan harus diutamakan.

    BalasPadam
  8. Agree with Junta. It doesn't matter if the person is foreigner or local, its best they are given the education they needed.

    BalasPadam
  9. Neway, this matter should be investigated thoroughly.

    BalasPadam
  10. Janganlah bertambah bilangan penduduk tempatan yang berkhawin dengan PTI.

    BalasPadam
  11. saya setuju dengan pendapat bahawa siasatan lanjut harus dilakukan berkaitan dengan isu ini.

    BalasPadam
  12. Asalkan salah satu ibubapa adalah warganegara, anak mereka boleh masuk sekolah? Lepas ni warga asing akan menggunakan taktik berkahwin dengan orang tempatan dan sekaligus anak mereka boleh ke sekolah. Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan melarat dan akan timbul masalah yang lain2 lagi.

    BalasPadam
  13. Diharap kerajaan/JPN mengambil langkah serius untuk menangani masalah rakyat tempatan yang tiada dokumen terutamanya yang berada di pedalaman.

    BalasPadam
  14. Ya, betul Junta pendidikan kepada kanak-kanak tersebut harus diutamakan dahulu.

    BalasPadam
  15. takkan penduduk tempatan tidak ada hak berkahwin dengan warga asing atau PTI..inikan pilihan mereka..

    BalasPadam
  16. mahu tanggani pati tapi orang tempatan pun kawin ma pati... Jadi apa kes????

    BalasPadam
  17. Harap hal ini tidak mendorong kepada pertambahan bilangan pati di Sabah.

    BalasPadam
  18. Baguslah kalau begitu. Tapi pastikan antara ibu atau bapa mereka mempunyai pengesahan yang merupakan kewarganegaraan.

    BalasPadam
  19. kalau tidak ada bantahan dari mana2 pihak sejak 2008, bermakna keputusan ini memang tepat.

    BalasPadam