Kengerian Norway: Lebih 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan Bom
Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP
OSLO, Norway Julai 23, 2011 : Seorang rakyat Norway yang menyamar sebagai pegawai polis dipercayai menembak mati sekurang-kurangnya 80 pekhemah di sebuah pulau dekat sini, Sabtu.
Menurut Pengarah Polis, Oystein Maeland, pihaknya hanya menyedari pembunuhan beramai-ramai itu berlaku beberapa jam selepas berlakunya satu letupan di sini yang mengorbankan tujuh orang.
Katanya, polis berjaya menemui banyak mayat dan menganggarkan jumlah mangsa mungkin meningkat.
Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS
“Ramai lagi yang cedera tetapi bilangan tidak diketahui buat masa ini,” katanya.
Polis percaya letupan tersebut dilakukan oleh suspek yang sama.
Setakat ini, polis berjaya menahan seorang suspek warga tempatan tetapi enggan mendedahkan namanya.
Sementara itu, badan penyiaran Norway, NRK mengenalpastikan suspek ialah Anders Behring Breivik, 32 dan berkata, polis menggeledah pangsapurinya di sini semalaman.
Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS
NRK dan lain-lain media menyiarkan foto suspek yang berambut perang muda dan bermata biru.
Seorang pegawai polis berkata siasatan awal menunjukkan suspek membuat serangan tersebut seorang diri dan ia tidak berkait dengan sebarang organisasi pengganas.
Foto yang diambil oleh wartawan meja jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway.
“Ia nampaknya kerja orang gila,” katanya.
Betul-betul gila mamat ni. Kesian orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
BalasPadamAda kemungkinan disebabkan ketegangan dalam agama. Harap Oslo akan kembali menjadi aman.
BalasPadambegitu ramai yang terkorban. entah kenapa suspek terdorong untuk melakukan jenayah tersebut.pasti mempunyai gangguan mental.
BalasPadamSuspek dipercayai membuat semua ini secara berseorangan? Memang gila lah. Tak pasal2 telah meragut banyak nyawa.
BalasPadamWhat wrong with this guy. Something wrong with his brain.
BalasPadamDiluar kawalan. Ada kemungkinan pemuda itu mengalami maslah mental yang serius.
BalasPadamapakah motif serangan ini. betul2 kejam.
BalasPadamPastikan sisatan dilakukan dengan teliti. Motif sebenar harus diketahui, kot2 ada motif tersembunyi.
BalasPadamMemang suspek perlu diberikan hukuman yang berat dengan tindakkan yang dibuatnya itu.
BalasPadamsuspek mungkin dah dirasuk..
BalasPadamOh myyyyy.. this man must be very sick in the head!
BalasPadamtindakan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap pesalah yang terbabit.
BalasPadam