Selasa, Julai 12, 2011

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

Cicak Tokek mendapat permintaan yang tinggi di pasaran

PETALING JAYA Julai 12, 2011 : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

10 ulasan:

  1. jadi jgnlah kita nak cuba memakan cicak tokek atas alasan perubatan kerana ia haram dan tak ada bukti pun ia benar2 dpt mengubati penyakit.

    BalasPadam
  2. Tiada apapa bukti saintifik bahawa tokek ini boleh mengubati penyakit. Baik gunalah cara yang sah untuk berubat.

    BalasPadam
  3. tengok ja pun sudah nampak menjijikkan. apa lagi mau dimakan. tapi entahlah kenapa tokek ni kalau dijual mahal pula. apapun, jangan disebabkan tokek keselamatan pula terancam.

    BalasPadam
  4. jadi, patuhilah fatwa yang telah dikeluarkan. jika mahu berubat pun, carilah ubat yang betul-betul disahkan halal dan selamat.

    BalasPadam
  5. Mudah sangat percaya pada khabar angin padahal belum ada kajian saintifik. Inilah sikap segelintir masyarakat kita. Tidak pasal2 spesies cicak tokek terancam.

    BalasPadam
  6. Cicak tokek pun mahu hidup baa.

    BalasPadam
  7. oh begini pula cicak tokek...patut pun ramai yang sanggup beli dengan ratusan harga..cantik ba!

    BalasPadam
  8. belum pernah saya jumpa orang yang sanggup makan ni cicak.. tapi untuk tujuan perubatan ok ba kan?

    BalasPadam
  9. Jadi kita tunggu saja kebenaran dalam perubatan dengan pengunaan cicak Tokek ini. Sehingga sekarang tidak ada pengumuman bahawa Tokek dapat mengubati penyakit HIV.

    BalasPadam
  10. Peluang Perniagaan Sebagai Dealer Emas Public Gold

    Modal terkini RM15000 ... Beli emas Public Gold dengan nilai berkenaan ,terus layak jadi dealer....

    Layari www.emastulen999.com atau contact 013-3999135 Sakri

    BalasPadam