Rabu, Julai 13, 2011

Dua warga Vietnam maut selepas bergaduh dengan rakan serumah

Dua warga Vietnam maut selepas bergaduh dengan rakan serumah

KUALA LUMPUR 2011/07/13: Dua lelaki warga Vietnam maut manakala seorang lagi cedera selepas terbabit dalam pergaduhan di penempatan mereka di kawasan rumah kedai Jalan Orkid, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baharu awal pagi ini gara-gara tidak berpuashati dengan tindakan rakan sebilik yang enggan memadam lampu.

Insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi berlaku ketika empat rakan sebilik dikatakan mahu tidur di mana seorang daripada mereka berang kerana lampu bilik enggan dipadamkan lalu berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baharu, Superintendan Norel Azmi Yahya berkata, dalam pergaduhan itu, suspek yang berumur 28 tahun menikam tiga rakannya di mana dua daripadanya mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang berumur 36 tahun mati akibat tikaman di bahagian perut manakala mangsa berumur 25 tahun mati akibat ditikam sebanyak tiga kali di dada selain terdapat kesan luka di tapak tangan kirinya.

Menurut Norel dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini, dua mangsa yang maut, sdalah pekerja di sebuah kilang tin makanan di Bukit Sentosa an mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang.

Norel berkata, berkata suspek melarikan diri selepas insiden pergaduhan itu namun berjaya ditahan polis.

"Pisau yang digunakan untuk menikam mangsa turut ditunjukkan oleh suspek yang berada kira-kira dua Km dari tempat kejadian," katanya.

9 ulasan:

  1. Kalau ada apapa salah faham, selesaikanlah dengan cara yang wajar, tidak perlulah sampai menggunakan keganasan.

    BalasPadam
  2. warga asing ni mmg bodoh ke? pasal hal kecil ja nak bunuh2 orang. rakan sendiri lagi tu.

    BalasPadam
  3. sudah banyak kes pergaduhan yang berakhir dengan kematian yang melibatkan warga asing. hal kecil pun boleh bergaduh sampai tikam kawan.

    BalasPadam
  4. Sikit punya hal pun mahu berbunuh kah? Tiada tamadun punya orang.

    BalasPadam
  5. mereka ni sesama sendiri pun mau berbunuhan. bagus jangan ambil pekerja asing bekerja di Malaysia.

    BalasPadam
  6. setiap pekerja asing di negara ini perlu disiasat terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar2 bebas dadah dan tidak mempunyai rekod buruk di negara asal.

    BalasPadam
  7. lagi kes pembunuhan yang melibatkan warga asing..

    BalasPadam
  8. Lagi2 kes bunuh yang melibatkan warga asing. Menakutkan.

    BalasPadam
  9. Memang warga asing sungguh merbahaya. Berani bertindak tanpa memikirkan kesannya.

    BalasPadam