Buruh simbah asid kena penjara, sebat
TEMERLOH 2011/07/27: Seorang buruh ladang dihukum penjara 16 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyimbah cuka getah terhadap dua beradik di FELDA Jengka 9, Selasa lalu.
Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari FELDA Jengka 9 menghadapi dua tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10, dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah.
Bagi setiap kesalahan, tertuduh dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan dan Hakim Dazuki Ali memerintahkan hukuman terhadap Mohamad Hafiz, berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditahan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan.
Mohamad Hafiz dituduh melakukan kesalahan itu di jalan berdekatan FELDA Jengka 9, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam, Selasa lalu.
Shafiq Haikal, yang juga anak sulung daripada empat beradik itu adalah pelajar di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 12, manakala Syaffiy Aiman, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan FELDA Jengka 9.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak menunjukkan sebarang reaksi, sekadar mengangguk tanda faham sebelum membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Beliau yang bekerja sebagai buruh di ladang kelapa sawit memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan mempunyai pendapatan RM300 sebulan dan terpaksa menanggung ibunya yang sakit jantung.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rashidi Abd Rahim meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas perbuatan kejam tertuduh dan sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Beliau meminta mahkamah mengambil kira kesan trauma seumur hidup yang terpaksa ditanggung kedua-dua mangsa.
Sedih melihat kekejaman sesetengah manusia.
BalasPadammemang wajar pesalah tersebut dikenakan hukuman berat diatas kesalahan tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya.
BalasPadamapa pula punca tertuduh melakukan tindakan sedemikian terhadap dua beradik ni?
BalasPadamsedih sungguh keadaan kedua adik beradik tersebut, mmg patut pesalah itu dikenakan hukuman setimpal.
BalasPadamPasal apa dia buat macam tu? Apa budak2 tu buat? tapi tindakan tu tidak sepatutnya diambil.
BalasPadamLelaki ini tidak waraskah? Kesian dengan nasib kedua-dua adik beradik itu. Memang padanlah hukuman yang diberikan itu. Biar dia jera.
BalasPadamadui mcm2 juga kes skarang ni...kenapa tiba2 budak2 ni kena serang pula?
BalasPadamBertindak mengikut fikiran kita dan bukan mengikut perasaan yang tidak tentu. Lihat sendiri apa yang telah berlaku.
BalasPadamkesianya kedua-dua adik-beradik ini...terpaksa menanggung kesan trauma seumur hidup.
BalasPadamlagi bagus jika beliau dikenakan hukuman yang sama dengan apa yang telah dia lakukan terhadap kedua2 adik beradik ini.
BalasPadammemang binatang....
BalasPadam