Khamis, Julai 07, 2011

16 penanam sayur warga asing tinggal sehelai sepinggang

16 penanam sayur tinggal sehelai sepinggang

MUSNAH... Beginilah keadaan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah setinggan yang didiami oleh sekumpulan penanam sayur di Kundasang.

RANAU July 6, 2011:  Sekumpulan penanam sayur warga asing berputih mata apabila melihat kediaman mereka di Kampung Lembah Permai, Kundasang dekat sini musnah terbakar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kesemua 16 penanam sayur terbabit dikatakan sedang sibuk bekerja di sebuah ladang sayur yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Nor Amit ketika dihubungi kelmarin berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 12.38 dan satu jentera bomba bersama empat anggota kemudiannya tiba di tempat kejadian pada jam 12.40 petang.

“Api berjaya dikawal tidak lama selepas itu dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.38 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana ketika kejadian penghuni rumah terbabit sedang bekerja di ladang yang terletak tidak jauh dari situ,” katanya menambah punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

10 ulasan:

  1. Rasanya majikan mereka akan tolong mereka.

    BalasPadam
  2. Mujur tidak merebak ke tempat lain.

    BalasPadam
  3. mujur tiada kemalangan jiwa.

    BalasPadam
  4. mungkin majikan mereka akan membantu mereka nanti. nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku..

    BalasPadam
  5. Majikan memainkan peranan untuk membantu mangsa kebakaran warga asing ini.

    BalasPadam
  6. nasib baik tiada kemalangan jiwa.

    BalasPadam
  7. Kesian. Harap majikan mereka dapat memberikan bantuan. Yang penting tiada yang tercedera dalam kebakaran ni.

    BalasPadam
  8. kesian, dulu hanya tinggal di rumah setinggan kini tinggal merempat...

    BalasPadam
  9. harap-harap ada bantuan kemanusiaan diberikan kepada masang-masang kebakaran ini.

    BalasPadam
  10. lepas ni majikan pula terpaksa berputih mata sebab terpaksa menanggung 16 orang pekerjanya..

    BalasPadam