Selasa, Jun 07, 2011

SISTEM BIOMETRIK BERMULA BULAN INI

Sistem biometrik bermula bulan ini

HISHAMMUDDIN (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelanggan yang ingin membuat laporan polis selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sistem biometrik akan dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan bermula hujung bulan ini bagi mengurangkan kadar jenayah antarabangsa dan kemasukan beramai-ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini yang kini mencecah dua juta orang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dapat memantau setiap pendatang asing yang memasuki negara sama ada secara sah atau tidak.

“Apa yang diutamakan ialah risikan dengan mengenal pasti tujuan setiap PATI atau warga asing yang datang ke negara ini secara sah agar tidak memberi ancaman kepada negara.

“Kita tidak pasti sama ada mereka yang memasuki negara ini kerana mahu bekerja atau melakukan jenayah. Sebagai contoh, seorang pengganas itu boleh membawa kemusnahan kepada sesebuah negara dan ini yang membimbangkan jika tidak ditangani,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

15 ulasan:

  1. Rakyat tempatan sendiri tidak sanggup buat kerja-kerja kasar, semakin ramailah pendatang asing datang mencari pekerjaan di negara kita.

    BalasPadam
  2. Harap sistem ini dapat membantu untuk memantau pergerakan keluar masuk pendatang asing.

    BalasPadam
  3. usaha untuk mengurangkan jenayah antarabangsa harus diteruskan.

    BalasPadam
  4. sistem ini dapat membolehkan agensi pengutkuasaaan memantau pendatang asing yang memasuki negara ini.

    BalasPadam
  5. harap ini akan dapat mengurangkan jenayah dan mengurangkan kemasukan pendatang asing ke negara ini.

    BalasPadam
  6. Harap2 obejektif sistem ini tercapai.

    BalasPadam
  7. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad, sebagai permulaan, penggunaan sistem pengimbas itu akan digunakan di 61 daripada 96 pintu masuk yang aktif di seluruh negara. Sistem pengimbas cap jari ini hanya memerlukan masa 1 minit 20 saat kepada setiap warga asing yang masuk ke negara ini melalui pintu masuk sama ada darat dan laut.

    BalasPadam
  8. bagaimana pula dengan PATI yang masuk bukan melalui pintu masuk yang aktif yang mungkin masuk melalui 'lubang tikus' dengan bantuan rakyat sendiri?

    BalasPadam
  9. Kita lihat bagaimana sistem ini dapat memberi kesan kepada kemasukkan PATI kenegara ini.Adakah bilangan PATI bertambah @ Berkurang.

    BalasPadam
  10. Apa yang penting usaha untuk membenteras kemasukkan pendatang Asing sentiasa dilakukan.

    BalasPadam
  11. selagi wujud amalan rasuah dipintu2 masuk negara, walau apa jua usaha kerajaan pasti tidak akan membawa kesan positif. PATI2 ini tidak akan masuk ke negara ini jika tidak ada pihak yang membawa mereka atau membenarkan mereka masuk. saya sokong apa jua usaha kerajaan tapi dalam masa yang sama kerajaan perlu tegas dan berusaha membanteras gajala2 rasuah dikalangan pihak berkuasa.

    BalasPadam
  12. Baguslah kalau kerajaan telah mengatur strategi untuk menangani masalah PATI ini.

    BalasPadam
  13. Harap kerajaan akan berusaha menurunkan kadar jenayah dan menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

    BalasPadam
  14. Harap sistem baru ini akan berjalan lancar.

    BalasPadam
  15. Harap sistem Biometrik ini berjaya mengurangkan masalah PATI.

    BalasPadam