Rabu, Jun 15, 2011

RON97 TURUN 10 SEN

RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.a

13 ulasan:

  1. Mungkin sebab PRU dah hampir.

    BalasPadam
  2. bila petrol naik, semua pihak salahkan kerajaan.. bila petrol turun, tidak ada pula yang ucap terima kasih. terutamanya dari pemimpin2 pembangkang..

    BalasPadam
  3. Lumrah manusia, semut di seberang sana boleh nampak tapi gajah di depan mata tidak nampak.

    BalasPadam
  4. Baguslah sudah turun. Harap yang lain pun turun harga juga. Terima kasih kerajaan.

    BalasPadam
  5. baguslah harga minyak diturunkan..

    BalasPadam
  6. setakat turun 10 sen ja..tapi pengguna RON97 kenalah bersyukur juga

    BalasPadam
  7. bgslah jika dah turun, harp ia akan trus turun lagi.

    BalasPadam
  8. Tengok sendiri. Kerajaan pasti merancang kenaikkan dari pasaran global. Penurunan ini disebabkan harga RM/tong yang semakin menurun.

    BalasPadam
  9. petanda PRU makin hampir kah?

    BalasPadam
  10. diharap harga RON97 akan turun lagi..jadi harga barangan harus diturunkan..

    BalasPadam
  11. berita baik..harap akan turun lagi harga RON97.. rm2.80 masih terlalu mahal..

    BalasPadam
  12. Harap harga minyak akan diturunkan lagi.

    BalasPadam