Mati dipukul ganggu isteri orang
Anggota polis memeriksa mayat yang ditanam berhampiran rumah kongsi di Kampung Pelangi, Kota Kinabatangan, semalam.
KINABATANGAN 14 Jun - Akibat mengganggu isteri orang, seorang lelaki warga asing maut dipukul dengan tukul besi di sebuah rumah kongsi di Kampung Pelangi di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jaini Abul Kadir berkata, mayat mangsa ditemui ditanam berhampiran rumah kongsi berkenaan, kira-kira pukul 8 malam.
"Berdasarkan laporan, suami wanita berkenaan yang baru pulang dari kerja terlihat isterinya sedang bergelut dengan mangsa di dalam rumahnya.
"Isteri suspek kemudian memaklumkan bahawa mangsa telah memasuki rumah mereka lalu mengganggunya.
"Suami wanita berkenaan kemudian bertindak memukul mangsa, seorang rakyat asing dengan tukul besi yang dipegangnya," katanya di sini hari ini.
Tambah Jaini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah sebelum mayat lelaki itu dibawa ke kawasan lereng bukit sebelum ditanam.
Katanya, suspek kemudian menyerah diri kepada penduduk di rumah kongsi berkenaan sebelum pihak polis dimaklumkan berhubung kejadian itu keesokan harinya.
"Pasangan suami isteri warga asing berkenaan ditahan dan tukul besi yang digunakan memukul mangsa dirampas. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.
Siapa suruh ganggu isteri orang.
BalasPadamnasib baik suspek menyerah diri. jarang juga ada yang menyerah diri kalau sudah membunuh orang.
BalasPadamkedua2nya salah.... rasa macam tidak selamat pula tinggal di Sabah ni..
BalasPadambiarlah polis yang menyelesaikan kes ini.
BalasPadamitulah akibatnya menganggu istri orang.
BalasPadamIni sudah jadi kes polis, biar la polis la siasat. Sapa suruh kacau bini orang. Bebini la sendiri.
BalasPadamItulah padahnya menganggu isteri orang. Mati sia-sia. Apa pun siasat kes ini benar atau tidak dakwaan ini. Hukuman gantung bukan yang terbaik.
BalasPadamSemuanya disebabkan warga asing.
BalasPadamSatu lagi kes yang melibatkan warga asing...
BalasPadamini kes jenayah yang berat, harap pihak berkuasa mengambil tindakan yang berat terhadap mereka yang terlibat dalam kes sedemikian tidak kiralah warga asing atau penduduk tempatan.
BalasPadam