Khamis, Jun 09, 2011

BAKAR RUMAH SELEPAS ROMPAK

Bakar rumah selepas rompak

Penjenayah dikesan bertindak ganas lupus bukti pecah masuk

SEMENYIH 2011/06/09: Perompak kini dikesan bertindak kejam kerana bukan saja merompak rumah, malah dipercayai turut membakar kediaman itu untuk melupuskan bahan bukti selepas berjaya mendapatkan barangan.

Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan membabitkan modus operasi sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Difahamkan, sekumpulan penjenayah itu dikatakan mensasarkan kediaman tiada penghuni dan waktu malam, sebaik penghuni sudah tidur.

Malah, kejadian rompak dan bakar itu nyaris meragut nyawa empat beranak termasuk seorang budak lelaki kuramg upaya (OKU) yang nyaris rentung apabila rumahnya dibakar ketika mereka sedang tidur.

Menceritakan kejadian itu di Taman Tasik Semenyih, mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata ketika kejadian Ahad lalu, mereka sekeluarga sedang tidur di bilik tingkat atas bersama suami dan dua anak.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, saya tersedar apabila elektrik terpadam dan sebaik membuka bilik tidur, asap tebal dari tingkat bawah. Saya dan suami terpaksa mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU, sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.

"Saya pada mulanya fikirkan kebakaran akibat lintas pintas tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya yang ada di tingkat atas, hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar.

"Selepas menghubungi bomba untuk mendapatkan kepastian, saya dimaklumkan ketika mereka sampai untuk memadam kebakaran, pintu belakang sudah terbuka akibat diumpil, selain dawai pagar belakang sudah digunting," katanya yang bersyukur kerana mereka selamat.

ZABRI menujukkan rumahnya yang dibakar perompak di Taman Desa Mewah, semalam. - Foto Effendy Rashid

ZABRI menujukkan rumahnya yang dibakar perompak di Taman Desa Mewah, semalam. - Foto Effendy RashidSeorang lagi mangsa kejadian sama, Mohd Zabri Yusof, 40, dari Taman Desa Mewah, berkata ketika kejadian yang memusnahkan keseluruhan rumahnya pada Jumaat lalu, beliau sekeluarga berada di kampung.

“Saya mulanya menyangka kebakaran akibat litar pintas, tetapi menyedari dua komputer riba dalam almari bilik hilang dan percaya rumah dipecah masuk sebelum dibakar.

“Sejak tinggal di rumah ini tujuh tahun lalu, ini kejadian kedua berlaku di rumah saya, tetapi kejadian pertama awal bulan lalu, dua lelaki dipercayai warga asing itu tidak berjaya memasukinya selepas menyedari isteri membuka lampu rumah,” katanya.

Mohd Zabri turut menyerahkan salinan pita rakaman CCTV kepada polis sebagai bahan bukti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut dan perkembangan terbaru dilaporkan kepada penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kebakaran itu sejak bulan lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, satu daripadanya mempunyai kesan pecah masuk iaitu pagar belakang dipotong, namun dua lagi kes tiada bukti mengatakan rumah berkenaan dirompak sebelum dibakar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bencana dan api, tetapi sebuah rumah yang ada kesan pecah masuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

15 ulasan:

  1. Kejam betul perompak ini. Harap pihak polis akan berjaya menahannya serta menjatuhkan hukuman berat ke atasnya.

    BalasPadam
  2. Masalah jenayah semakin banyak. Harap pihak polis berusaha mengurangkan kes jenayah dalam negara.

    BalasPadam
  3. jahat betul perompak ni, klu nak merompak pun, tak prlulah sampai nak bakar rumah orang.

    BalasPadam
  4. harap perompak tersebut akan dapat ditangkap dan akan dijatuhi hukuman yang berat.

    BalasPadam
  5. warga asing ni memang melampau. inilah kesannya bila warga asing dibiarkan berlambak di negara ni. sekurang-kurangnya kalau kesempitan wang tinggal di negara orang, buatlah kerja-kerja yang halal. ini pula merompak dan membakar rumah. kesian rakyat tempatan

    BalasPadam
  6. kemungkinan kejadian di tiga lokasi yang terlibat dilakukan oleh perompak yang sama.

    BalasPadam
  7. "Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu"

    Tidak habis2 bawa masalah. Sudahlah datang ke tempat orang, mahu buat kacau lagi. Memang perlu diambil tindakan terhadap orang2 macam ini.

    BalasPadam
  8. Sudah jatuh ditimpa tangga lagi. Bersimpati dengan mangsa rompakan. Perbuatan pencuri2 ini memang kejam.

    BalasPadam
  9. macam mana sekalipun mereka cuba menghapuskan bahan bukti, saya yakin pihak polis kita tetap dapat mengesan mereka.

    BalasPadam
  10. nahhh.. warga asing! this is why Malaysia should not legalize the illegals.. THey only bring trouble.

    BalasPadam
  11. Sungguh kejap perbuatan ini. Hanya polis menjadi harapan untuk menyelesaikan masalah ini.

    BalasPadam
  12. Inilah orang asing datang ke negara kita hanya menjadi sampah masyarakat dan menyusahkan hidup penduduk tempatan. Segerahlah halau mereka keluar.

    BalasPadam
  13. Semakin kejam para penjenayah sekarang. Semakin hari semakin berani bertindak.

    BalasPadam
  14. Semakin kejam para penjenayah sekarang. Semakin hari semakin berani bertindak.

    BalasPadam
  15. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...

    BalasPadam