Khamis, Jun 16, 2011

Notis Kenaikan Bayaran Perkhidmatan Astro Dianggap Tidak Sah - Rais

Notis Kenaikan Bayaran Perkhidmatan Astro Dianggap Tidak Sah - Rais

PETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) -- Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.

Kementerian akan berbincang dengan Astro mengenai isu tersebut, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Industri Filem 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini Rabu malam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

11 ulasan:

  1. Astro tidak sepatutnya menyelaraskan harga tanpa pengetahuan ataupun kebenaran.

    BalasPadam
  2. ini bermakna kenaikkan bayaran perkhidmatan astro belum tentu lagi dapat dilaksanakan.. sekiranya rundingan dibuat, saya harap SKMM akan menyebelahi pengguna dalam hal ini..

    BalasPadam
  3. Harap penyelerasan harga nanti tidak membebankan pengguna.

    BalasPadam
  4. harap perbincangan kementerian berkaitan dengan astro akan dapat mencari jalan terbaik bagi mengelakkan pengguna terbeban.

    BalasPadam
  5. Tingkatkan mutu siaran astro. Terlalu banyak ulangan.

    BalasPadam
  6. jadi, pelanggan astro tak perlu la bimbang kerana kenaikan bayaran perkhidmatan astro masih belum disahkan.

    BalasPadam
  7. nampaknya harga perkhidmatan Astro takkan naik selagi tidak mendapat kelulusanb SKMM.

    BalasPadam
  8. Benar kata Rais. Astro tidak boleh bertindak sesuka hati menaikkan bayaran perkhidmatan ini. Apa sebab utama Astro menaikan semua ini?Jika dilihat Astro sendiri telah mendapat keuntungan yang besar. Sekarang mahu menaikkan lagi bayaran. Tamak sungguh.

    BalasPadam
  9. Harap SKMM tidak akan meluluskan kenaikan harga ini.

    BalasPadam
  10. skg ni yuran langganan astro dikenakan 6%cukai kerajaan..jd sebenarnya kenaikan harga ni bg kerajaan faedah juga..jd susah nak ckp apa keputusan yg akan keluar nnt..

    BalasPadam
  11. Baik kita tunggu pengumuman daripada SKMM.

    BalasPadam