Ahad, Jun 12, 2011

KABINET BENTUK JAWATANKUASA BINCANG ISU IPP

Kabinet Bentuk Jawatankuasa Bincang Isu IPP: Husni

IPOH, 12 Jun (Bernama) -- Kabinet telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai aspek termasuk isu pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bekalan tenaga kepada negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut melibatkan tiga Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan beliau sendiri.

"Jawatankuasa ini akan berbincang mengenai pelbagai aspek dan bukan masalah IPP semata-mata...antaranya ialah mengenai kos dan soal masa depan kerana terdapat di antara konsesi IPP akan tamat pada 2014 dan 2015.

Kita turut membincangkan bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini di masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmi Pusat Aktiviti Rukun Tetangga Kampung Tengku Hussin di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi IPP.

Syarikat-syarikat IPP dikatakan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda daripada hasil pembekalan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ahmad Husni berkata jawatankuasa itu akan membentangkan laporan kepada kabinet sebaik sahaja disiapkan.

"Kami tidak diberikan sebarang tempoh untuk pembentangan itu tetapi apa yang ingin katakan di sini ia akan tetap mengambil kira keperluan rakyat dan ia akan diutamakan," jelasnya.

"Kajian itu kelak akan mengambil kira soal pembangunan dan subsidi yang kian meningkat, jadi, saya minta semua pihak menunggu pembentangan laporan itu kepada kabinet," tambahnya.

9 ulasan:

  1. Isu IPP ini mesti ditangani untuk memastikan tarif ekektrik tidak akan menjadi lebih tinggi.

    BalasPadam
  2. Macam mana IPP mengaut keuntungan yang lebih banyak daripada TNB?

    BalasPadam
  3. Harap jalan penyelesaian dapat dicapai melalui j/kuasa yang ditubuhkan ini

    BalasPadam
  4. harap jawatankuasa tersebut akan mampu menghasilkan sesuatu yang positif buat semua.

    BalasPadam
  5. semoga jawatankuasa tersebut dapat membincangkan isu IPP dengan lebih terperinci lagi dan sebarang permasalahan dapat diselesaikan bersama.

    BalasPadam
  6. tengoklah apa hasilnya nanti.. saya harap selepas ini IPP bebas dari sebarang bentuk serangan politik.

    BalasPadam
  7. semoga dgn adanya jawatankuasa ini, isu IPP dgn diselesaikan.

    BalasPadam
  8. Kerajaan perlulah bijak menangani masalah yang dihadapi tidak kira dalam negara atau global.

    BalasPadam