Selasa, Mei 17, 2011

NAJIB: SUBSIDI IBARAT CANDU, KOS POLITIK TAK BOLEH DIELAK

Najib: Subsidi ibarat candu, kos politik tak boleh dielak

OXFORD, 17 Mei — Subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

image “Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

“Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

“Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan,” katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

“Kami perlu menaikkan harga (bahan api) secara berperingkat-peringkat, kami tidak boleh melakukannya dalam satu malam. (Jadi) ada kos politik dalam mengurangkan subsidi,” katanya lagi.

“Saya perlu menguruskannya antara urus tadbir yang baik dan dapat dipilih semula,” katanya.

Pentadbiran Najib memperkenalkan dasar pelarasan subsidi sejak tahun lalu, yang sekali gus membawa kepada kenaikan harga beberapa barang kawalan.

33 ulasan:

  1. Kalau subsidi disalahgunakan pun tidak elok juga. Ada individu yang sengaja membeli barang keperluan dengan harga rendah untuk diseledupkan ke luar negara.

    BalasPadam
  2. ada subsidi susah tiada sibsidi lagi la susah. Minyak murah kena seludup, minyak mahal rakyat pening.

    BalasPadam
  3. pengurangan subsidi mmg akan memberi beban kepada rakyat, tapi kita jgnlah terlalu bergantung kepada subsidi.

    BalasPadam
  4. jika dilihat dari sudut positif, pengurangan subsidi dan kenaikan harga ada baiknya juga. kegiatan yang tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan dapat dihindari. subsidi ini juga merupakan kos melepas dan jika ia dikurangkan, ia dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang seperti membina sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam.

    BalasPadam
  5. pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. ini tidak adil dan lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. apabila jumlah subsidi meningkat, jumlah wang ada untuk pembangunan akan berkurangan.

    BalasPadam
  6. jika harga minyak naik, hasil PETRONAS naik, hasil kerajaan juga naik. memang benar negara mendapat keuntungan lebih tinggi dengan kenaikan harga minyak kerana pendapatan negara bertambah hasil dari pendapatan eksport. Namun, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam membelanjakan pendapatan ini. adalah tidak wajar 100 peratus keuntungan atau pendapatan ini digunakan semata-mata untuk subsidi minyak.

    BalasPadam
  7. walaupun kenaikan harga minyak dunia menyebabkan hasil bertambah, ia juga bermakna negara perlu berbelanja lebih untuk mengimport minyak pada harga yang lebih tinggi.

    BalasPadam
  8. apa pun, pastikan pelarasan subsidi bersesuaian dengan kemampuan rakyat.

    BalasPadam
  9. pada masa yang sama, setiap kita juga perlu sentiasa berusaha agar tidak terlalu bergantung kepada subsidi.

    BalasPadam
  10. Harap kerajaan tahu apa yang mereka lakukan dalam hal ini.

    BalasPadam
  11. Subsidi dikurangkan kerana untuk mengurangkan tanggungan kerajaan terhadap barang tertentu seperti minyak, gula, beras dan sebagainya. Apa pun harap kerajaan bijak merancang apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

    BalasPadam
  12. Kerajaan BN kena menanggung risiko politik yang tinggi jika subsidi minyak dikurangkan.
    Rakyat mungkin tidak senang hati dengan tindakan ini kemungkinan besar ketidak puasan itu akan diluahkan dengan undi meraka pada PRU akan datang.

    BalasPadam
  13. Apa langkah kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya impak kenaikan harga minyak diminimakan?

    BalasPadam
  14. najib, bagaimana pula dengan gaji minimum? asyik2 potong subsidi, rakyat makin susah sebab pendapatan yang sama..tidak selari dengan kenaikan harga barangan..kalau macam ini, lupakan saja hasrat menjadikan malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi..kerana yang berpendapatan tinggi hanya golongan elit..rakyat di pertengahan dan bawahan kekal miskin dan menderita..harap dipertimbangkan..

    BalasPadam
  15. Kenakan cukai khas terhadap kereta mewah dan rumah mewah.
    Atau cukai khas terhadap mereka yang melancong lebih dari tiga kali setahun ke luar negara.
    Cukai khas terhadap barangan mewah seperti bag jenama LV dan sebagainya.

    BalasPadam
  16. rakyat tidak gembira dengan berita ini..mungkin diterima jika gaji/pendapatan mereka selari dengan kos hidup yang meningkat akibat daripada pemotongan subsidi.

    BalasPadam
  17. biarlah rakyat yang menentukan sama ada tindakan pengurangan subsidi akan membolehkan najib dipilih atau tidak..

    BalasPadam
  18. pengurang subsidi dan perlaksanaan GST pasti akan mendatangkan kesan yang tidak disenangi..

    BalasPadam
  19. Ini berita yang amat mengecewakan pengguna kereta.

    BalasPadam
  20. Kesannya akan kita tahu pada PRU 13.

    BalasPadam
  21. Naik , naik, naik??? Ada apa yang tidak niak? Atau turun harga.

    BalasPadam
  22. Setuju illya.Memang jika dilihat dari sudut positif, pengurangan subsidi dan kenaikan harga ada kebaikan. Tapi, itupun kalau ada yang kihat dari segi positifnya. hehhehee...

    BalasPadam
  23. Tahu2 sajalah kalau semua benda pun naik, mana lagi ada masa nak fikir positifnya kan. memanglah boleh berjimat tapi sampai bila tahan kalau asyik naik ja. huhu

    BalasPadam
  24. Malar naik, turun tidak ada pula. Gaji minimum tu bila nak dilaksanakan???

    BalasPadam
  25. Sudah sampai masanya gaji minimum dipertimbangkan. Kalau tidak, selagi ada kenaikan selahi itulah isu gaji minimum akan diperkatakan.

    BalasPadam
  26. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    BalasPadam
  27. Harap Najib akan berusaha mengurangkan beban rakyat kalau bukan dalam bentuk subsidi, dalam bentuk lain juga ok.

    BalasPadam
  28. rakyat dah biasa dgn subsidi. kita jgnlah terlalu bergantung dgn subsidi. dan kerajaan juga kena lebih bijak dalam mengawal perbelanjaan negara.

    BalasPadam
  29. Semakin hari rakyat semakin bimbang dengan kenaikkan harga minyak yang semakin kerap berlaku. Apa yang sudah jadi dengan kenaikkan ini? apa pun kita mengharapkan kerajaan akan memastikan yang terbaik untuk rakyatnya sendiri. Jika perkara ini berterusan apa kata rakyat.

    BalasPadam
  30. rakyat akan menilai hasil dari pengurangan subsidi ini terhadap ekonomi negara. hasil dari penjimatan ini patut digunakan untuk mengurangkan hutang negara serta mengukuhkan kedudukan ekonomi agar lebih berdaya saing. oleh itu, saya harap ada perubahan selepas ini sesuai dengan matlamat yang telah digariskan..

    BalasPadam
  31. kerajaan juga sepatutnya memikirkan kesusahan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah. jika kenaikan harga minyak dan barangan tidak boleh dielakkan, satu cara untuk mengurangkan beban rakyat adalah dengan menguatkuasakan gaji minimum bagi semua sektor.

    BalasPadam
  32. Harap Kerajaan Malaysia akan meluluskan polisi gaji minimum.

    BalasPadam
  33. Kalau ikhlas membantu, mesti dapat.

    BalasPadam