Khamis, Mei 26, 2011

HARGA RON95 KEKAL

Harga RON95 Kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

9 ulasan:

  1. Harap2 dalam jangka masa yang lama.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan Trashy Saggy. Ron 95 patut dikekalkan buat jangka yang panjang.

    BalasPadam
  3. baguslah..harap-harap hargi akan terus dikekalkan.

    BalasPadam
  4. rasanya rasionalisasi subsidi ini akan membawa kenaikan kepada RON95, diesel dan LPG lepas pilihan raya.

    BalasPadam
  5. baguslah kalau harga RON95 masih dikekalkan.

    BalasPadam
  6. Harap harga Ron 95 akan dikekalkan supaya rakyat tetap boleh menikmati minyak subsidi.

    BalasPadam
  7. Kerajaan perlulah memikirkan keperluan rakyat.

    BalasPadam
  8. bgslah jika kekal, harap ia akan terus kekal.

    BalasPadam
  9. bila kerajaan mengambil tindakan mengekalkan subsidi walaupun harga pasaran terus meningkat, tidak ada pula dari pihak pembangkang yang berterima kasih mahupun memuji2 tindakan kerajaan ini..

    BalasPadam