Ahad, April 03, 2011

RM108 BILION LESAP SETIAP TAHUN - SPRM

RM108 bilion lesap setiap tahun

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

---

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.

"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.

22 ulasan:

  1. Perkara ini harus dipandang berat oleh SPRM.

    BalasPadam
  2. Kalau pendapat negara dipindahkan ke luar negara secara haram, ia boleh menjejaskan ekonomi tempatan kerana aliran wang sudah berkurangan.

    BalasPadam
  3. begitu byk yang lesap, hal ini kena dipandang serius.

    BalasPadam
  4. harap SPRM akan dapat menyiasat pekara ini. ini perlu dipandang serius dan perlu diatasi.

    BalasPadam
  5. Kerapkan lagi siasatan agar tidak ada lagi yang berani untuk melakukan perkara tidak bermoral itu.

    BalasPadam
  6. siasatan sedemikian harus dipanjangkan ke jabatan2 lain seperti JPN dan lain-lain..

    BalasPadam
  7. diharap SPRM akan meneruskan tugas mereka memerangi rasuah di kalangan penjawat awam..

    BalasPadam
  8. Kalau tak silap, ada sudah yang terlibat dalam kes ini kena tahan.

    BalasPadam
  9. Harap hal ini dapat disiasat dan kenakan hukuman setimpal supaya jadi pengajaran :)

    BalasPadam
  10. SPRM patut berusaha menjejak duit yang dilesapkan ini dan menghalang mereka daripada keluar negara.

    BalasPadam
  11. Harap mereka yang terlibat akan didedahkan.

    BalasPadam
  12. SPRM ibarat harapkan pagar mkn padi. SPRM pn mkn rasuah mcmna mahu siasat kes2 rasuah. Tindakan yg berat perlu dikenakan ke atas mereka ni.

    BalasPadam
  13. SPRM harus lebih aktif bagi menangani masalah ini. Jika ini berterusan tidak mustahil negara kita menanggung hutang yang banyak..

    BalasPadam
  14. pegawai2 yang rasuah ini patut diberhentikan serta merta perkhidmatan mereka. sudah la tidak produktif, ada hati mau kasi bankrap negara. orang lain kaya sebab atas usaha sendiri, ni pegawai2 kerajaan pula kaya sebab rasuah..

    BalasPadam
  15. Betulkah duit sebanyak itu boleh lesap begitu sahaja?

    BalasPadam
  16. Siasatan harus dilakukan... Jangan biarkan orang yang bertanggungjawab terlepas begitu sahaja.

    BalasPadam
  17. Hukuman berat harus dikenakan kepada yang bersalah.

    BalasPadam
  18. Bagaimana duit sebanyak itu boleh dilesapkan. Harap SPRM akan menyiasat.

    BalasPadam
  19. RM108 billion per year??!! This is serious!

    BalasPadam
  20. The MACC should give attention to the matter.

    BalasPadam
  21. Sprm perlu siasat juga Menteri dan Dato' yang berbelanja melebihi pendapatan, contoh satu Menteri yang mengatakan dia berbelanja tidak mencukupi setakat 1000-2000 ringgit sehari!

    BalasPadam
  22. Wang sebanyak ini sekurang-kurangnya boleh membangunkan kawasan yang masih mundur di Malaysia.harus disiasat supaya pihak-pihak yang terlibat mendapat hukuman.

    BalasPadam