Isnin, April 04, 2011

TVi SALURAN ASTRO 180 SATU SALURAN BARU YANG MANA 50 PERATUS KANDUNGANNYA MEMUATKAN AKTIVITI DI SABAH DAN SARAWAK

TVi: Peluang Kerajaan Negeri Sabah Dedahkan Program Pembangunan Kepada Rakyat

KOTA KINABALU, 4 April (Bernama) -- Pelancaran TVi pada 10 April ini, satu saluran baru yang mana 50 peratus kandungannya memuatkan aktiviti di Sabah dan Sarawak, adalah satu platform yang baik untuk kerajaan negeri mendedahkan program-program pembangunan yang dilaksanakannya kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengulas mengenai saluran baru tersebut, berkata pihaknya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat, khususnya Jabatan Penyiaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan kerana memberikan slot tersebut.

"Ini satu cara dan peluang yang baik, untuk beri penjelasan, pengetahuan dan pendedahan kepada rakyat mengenai aktiviti-aktiviti kita khususnya kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Sabah secara keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Wisma Bakisa (Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah) di sini pada hari Isnin.

Tambahnya kerajaan telah menjalankan program-program pembangunan bukan saja di bandar, tapi juga di luar bandar, maka rakyat perlu tahu bahawa pembangunan yang dijalankan adalah seimbang dan rakyat luar bandar juga mendapat manfaat.

Minggu lalu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata saluran baru tersebut bakal menjadi jendela berita yang akan memaparkan berita wilayah setempat di kedua-dua negeri itu.

Pemangku Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhayati Ismail dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini berkata TVi atau TV Interaktif akan menggunakan saluran Astro 180 yang kini menyiarkan siaran Muzik Aktif.

Katanya pelancaran rasmi saluran itu Ahad ini, dijangka akan disempurnakan oleh Dr Rais di RTM Kuching.

27 ulasan:

  1. bagus la klu ada saluran ni, dapat info pasal pembangunan sabah bukan hanya perkembangan muzik

    BalasPadam
  2. saluran ini amat baik untuk mendedahkan kepada umum keadaan sebenar di Sabah.

    BalasPadam
  3. Good to know that there is a channel that airs the activities in Sabah and Sarawak.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan Tanakwagu, laporlah pasal pembagunan Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  5. saluran ini baik bagi membolehkan umum mengetahui mengenai keadaan Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  6. selain itu, saluran ini juga membolehkan Sabah dan Sarawak dikenali dan info-info berguna boleh diperoleh melalui saluran ini.

    BalasPadam
  7. Now people can be exposed to the rich culture of Sabah and Sarawak.

    BalasPadam
  8. ini adalah satu peluang baik untuk memperkenalkan sabah kepada masyarakat luar..

    BalasPadam
  9. ini boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada sabah dan sarawak..diharap usaha seperti ini akan diteruskan.

    BalasPadam
  10. Baguslah kalau macam tu.

    BalasPadam
  11. Dengan adanya siaran ini, Kita boleh tonton sendiri pembangunan yang dilakukan di negeri Sabah dan Sarawak ini.

    BalasPadam
  12. Kita sendiri pun mahu lebih info bagi mengetahui tentang Sabah dan Sarawak. Dengan adanya TVi ini dapatlah kita menperolehinya. Apa pun terima kasih dengan siaran ini.

    BalasPadam
  13. Saluran seperti ini seharusnya sudah lama dibuat sejak penggabungan Sabah dengan SM. Tapi baru sekarang ada.

    BalasPadam
  14. Good channel. Keep it up!!

    BalasPadam
  15. Apapun teruskan usaha dan berikan lagi banyak peranan Sabah dan Sarawak dari pelbagai bidang.

    BalasPadam
  16. Finally, a TV show for Sabah.

    BalasPadam
  17. bukan hanya tertumpu kepada aktiviti2 kerajaan negeri malah mempelbagaikan kandungannya dengan memuatkan apa sahaja yang menarik di negeri ini..

    BalasPadam
  18. Ini merupakan satu penghargaan kepada pencapaian di Sabah.

    BalasPadam
  19. Bolehlah rakyat seluruh Malaysia mengetahui lebih mendalam tentang aktiviti di Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  20. Hopefully it will help to promote Sabah more.

    BalasPadam
  21. Saluran tersebut dapat membantu Sabah untuk maju ke depan lagi.

    BalasPadam
  22. I certainly support this programme.

    BalasPadam
  23. This will give the two states more coverage and people can get to know more about what's happening there.

    BalasPadam
  24. Rakyat boleh mendapatkan maklumat tentang pembagunan di Sabah, Sarawak.

    BalasPadam
  25. Kan lebih baik kalau TVi tu dijenamakan semula. Saya cadangkan nama TVi tu "SaSTv" (yang bermaksud Sabah And Sarawak TV). Macam mana cadangan saya, ada yang sokong tak?

    BalasPadam
  26. satu usaha yang baik bagi mempromosikan lagi Sabah dan Sarawak kepada masyarakat luar.

    BalasPadam