109 Pendatang Lari Selepas Bakar Depot Di Lenggeng
SEREMBAN, 5 April (Bernama) -- Seramai 109 pendatang tanpa izin dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 Selasa malam.
Sehingga tengah hari tadi, pihak berkuasa yang menggunakan helikopter serta anjing pengesan, berjaya menangkap 23 daripada mereka.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mhd Hassan berkata, perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.
"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita di depot itu Rabu.
Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.
Katanya sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.
"Selepas siasatan kita mendapati tahanan merusuh disebabkan berlaku kesesakan dalam blok yang mereka duduki selain memberi alasan tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan serta kerana proses tahanan yang terlalu lama," katanya.
Ada tahanan yang menunggu proses penerimaan oleh negara ketiga melalui Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan proses ini biasanya mengambil masa terlalu lama sehingga menyebabkan mereka hilang sabar, katanya.
"Ada tahanan yang sudah berada di depot sehingga 12 bulan," katanya.
Semasa kejadian, depot itu menempatkan 348 orang tahanan lelaki dan 192 tahanan perempuan.
Pendatang perempuan bagaimanapun tidak terlibat dalam kejadian itu, katanya.
Sebanyak empat jentera bomba digunakan untuk mengawal kebakaran dan tiada kecederaan yang berlaku.
Tiada orang suruh kamu mahu masuk negara kita secara haram. Masih lagi mahu komplen makanan tidak cukup baik, proses tahanan terlalu lama. Eh, kamu ingat kami suka sangat tahan kamu di sini ke? Makanan, elektrik, air, siapa yang bayar?
BalasPadamWaaa...they too brave to acted like that. What kind of people are they??
BalasPadamBagunan yang terbakar itu, siapa yang terpaksa baiki? Guna duit siapa?
BalasPadamThey won't be kind with us, we don't need them here.
BalasPadampendatang ni dalam tahanan pun masih nak buat hal, kira baik sudah kmu diberi kemudahan dalam tahanan.
BalasPadamharap pendatang yang melarikan diri daripada depot tahanan imigresen tersebut akan dapat ditangkap semula.
BalasPadamThat's why they should be deported back to their country as soon as possible.
BalasPadamNi la yg PAKATAN mahu bg status PR? sesuai sangat la tu.
BalasPadamsemua tahanan yang terlepas ini prlu ditangkap semula, jgn biarkan seorang pun terlepas.
BalasPadamtahanan yang melarikan diri perlu ditangkap semula.
BalasPadamNampaknya mereka ini berani menganas walaupun bersalah. Adakah perlu undang-undang dipertingkatkan atas apa yang berlaku.
BalasPadammenyusahkan saja PATI..tiada cara lain kah yang boleh 'melenyapkan' mereka? buang duit rakyat saja..
BalasPadamkemasukkan ramai PATI ke negara ini menunjukkan bahawa undang2 berkaitan adalah sangat lemah..mungkin ada baiknya jika undang2 tersebut digubal agar hukuman berat dapat dijatuhkan seperti hukuman mati..isu di sini adalah keselamatan negara..cukuplah berperikemanusiaan..
BalasPadamkalau mahu lari, jangan alang2. Terus balik ke tempat sendiri!
BalasPadamYa betul juga tu mike. cukuplah berperikemanusian. Tak salah buat baik tapi berpada-pada juga la.
BalasPadamRasanya negara kita perlulah mengetatkan dan memperkuatkan lagi undang-undang berkenaan PATI. Masalah PATI semakin menjadi-jadi, bukankah ini menunjukkan kelemahan dalam undang-undang. Masalah kecil tidak dapat diselesaikan apa lagi masalah besar negara.
BalasPadamUndang2 digubal oleh manusia, tapi brapa bnyk kali digubal pun jika pelaksanaan yang lemah tiada guna jg. Pelaksanaan harus / perlu tegas mengenai hal PATI. Security negara / negeri / pihak bkuasa tertentu perlu dipertingkat / dimantapkan lg. Sebab almaklumlah PATI ni expert melarikan diri drpd pihak berkuasa & expert pyeludup masuk ke dlm negeri.
BalasPadamPendatang memang menyusahkan.
BalasPadamThese illegal immigrants only bring trouble.
BalasPadambanyak demand pula ni pendatang.. sudah la buat jenayah, minta dilayak baik2 pula tu.. pastikan semua tahanan itu berjaya ditangkap dan gandakan hukuman mereka.
BalasPadambayangkan 109 orang pendatang sudah mampu buat pihak berkuasa huru hara. bagaimana pula dengan pendatang asing di Sabah? dengan kes2 jenayah yang telah mereka lakukan, kerajaan dan pihak berkuasa tidak patut tutup mata terhadap kehadiran mereka.
BalasPadamIllegal immgigrant issues could not be solved by Malaysia alone. This responsibility should be shared with Indonesia, Philippines, Myanmar, Bangladesh etc etc to solve it.
BalasPadamThe Malaysian government should invite all the neighboring countries to sit down and discuss this matter and cooperate so that this issue can be curbed.
BalasPadamBila entahnya negara kita ini boleh bebas dari PATI.
BalasPadamMasalah disebabkan pendatang tanpa izin memang banyak.
BalasPadamPengundang masalah saja.
BalasPadamnegara asal pendatang tanpa izin ini perlu bekerjasama dengan Malaysia untuk membawa balik rakyat mereka.keadaan ini jika berlanjutan akan membawa lebih banyak masalah kepada Malaysia dari pelbagai aspek.
BalasPadam