31 Boyfriends
Sejurus tamat menemubual 'Liana', 13 dan 'Rose', 16 tahun, tergambar di minda saya betapa sukarnya membesarkan anak perempuan pada zaman ini
Liana (kiri) dan Rose (kanan)
Mereka berdua berasal dari Pasir Gudang, Johor.
"Jun tahun lepas saya mengikut kawan berjumpa dengan kawan lelaki dia. Masa itu umur saya 12 dan kawan, 14 tahun. Kawan lelaki dia, 21 tahun ajak kami berdua naik kereta dan kemudian dia bagi alasan hendak balik ke rumah bujang sekejap, kononnya untuk menukar baju. Sampai di rumah, dia bagi saya minum air kosong. Saya mabuk dan pengsan. Bila tersedar berada dalam keadaan bogel dan dia rogol saya, sakit sangat. Selepas itu dia rogol kawan saya," jelas Liana.
Kes terbabit dilaporkan kepada polis.
"Emak meninggal dunia, ayah kahwin lain. Sekarang saya tinggal dengan 5 adik beradik asal, 2 adik beradik tiri, ayah dan ibu tiri, 10 orang semua tinggal serumah," tambahnya lagi.
"Awak ada berapa orang boyfriend?," soal saya kepada Rose.
Dia tersipu, malu. Tubuhnya agak gempal membuatkan dia tidak kelihatan seperti remaja berusia 16 tahun lain.
Mereka berdua ditahan pihak polis kerana didapati merayau-rayau di kawasan pantai pada jam 2 pagi.
"Rose, cakap sahajalah," desak Liana.
Mereka berdua rakan baik.
"Ramai," balas Rose, ringkas.
"Ramai, berapa orang?," tanya saya lagi.
"Tiga puluh satu!," celah Liana lagi.
Rose langsung tidak membantah dan hanya tersenyum.
"Saya memang tidak berdara lagi sebab kena rogol, dia pula main (melakukan hubungan seks) dengan boyfriend dia, tanyalah," ujar Liana petah.
"Ok! Ok! Awak ada 31 boyfriends, berapa orang main dengan awak dan berapa umur dia orang?," soal saya kepada Rose.
"Satu, umur 18 tahun, satu lagi 26 tahun, dia orang paling special di kalangan ramai. Boyfriend18 tahun, siang kerja kelindan lori, malam, kerja kedai makan. Satu lagi, saya tak tahu dia kerja apa, baru kenal kurang sebulan," jelas Rose.
Rose, anak tunggal dan ibunya kini bertugas sebagai pengawal keselamatan, bercerai dengan ayahnya sebelum ini.
"Saya berhenti sekolah selepas darjah 6 sebab jaga emak, dia sakit masa itu," ujar Rose.
"Emak kamu tahu ke kamu di balai polis sekarang?," tanya saya.
"Tahu. Dia cakap, padan muka!," katanya sambil tersenyum.
Peredaran zaman mengubah cara kehidupan.
ramainya boyfriend dia.
BalasPadamBudak-budak sekarang...
BalasPadam