Khamis, Februari 03, 2011

LAPORAN BERCANGGAH PAKSA AHMAD SHABERY TURUN PADANG KE RANAU

Laporan Bercanggah Paksa Ahmad Shabery Turun Padang Ke Ranau

KEMAMAN, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan turun padang dalam masa terdekat ini untuk meninjau Kompleks Sukan Ranau di Sabah ekoran percanggahan laporan mengenai kemudahan yang terdapat di sana.

Ini berikutan laporan berbeza yang diterima oleh kementerian daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan laporan akhbar memetik Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS).

Sebelum ini, KOAM telah mengambil keputusan untuk menjadikan kompleks berkenaan sebagai lokasi pilihan latihan persiapan 15 atlet dan lima jurulatih olahraga ke Sukan SEA 2011 di Indonesia, November ini.

"Saya difahamkan KOAM buat taklimat kepada kementerian semuanya telah selesai...tetapi saya dengar laporan yang bercanggah, tetapi saya tidak boleh bergantung apa yang dipaparkan dalam akhbar.

"Oleh sebab itu saya sendiri akan ke sana untuk melihat sendiri kemudahan yang ada dan kenapa perlu diadakan di sana berbanding di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berbeza yang diberikan oleh KOAM dan LSNS mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Ranau.

Ahmad Shabery berkata sekiranya kemudahan di kompleks itu masih belum siap sepenuhnya maka kemungkinan latihan atlet olahraga itu akan dijalankan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, laporan akhbar memetik Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong sebagai berkata kompleks sukan itu masih tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya manakala gimnasium tidak terdapat dalam pelan pembinaan itu.

Kompleks itu mula dibina pada 2007 dan hanya akan siap sepenuhnya pada April ini.

9 ulasan:

  1. Yang penting olahraga kita boleh menjalankan latihan sebaik mungkin supaya kemampuan mereka terserlah.

    BalasPadam
  2. apapun, buat yang terbaik untuk kemajuan sukan negara.

    BalasPadam
  3. langkah turun padang ini wajar bagi memastikan atlet dan jurulatih dapat menjalankan latihan seperti yang sepatutnya.

    BalasPadam
  4. Memang patut langkah turun padang dibuat!

    BalasPadam
  5. Jika belum siap sepenuhnya tidak perlulah digunakan terlebih dahulu. Ini akan menjejaskan kebolehan para atlet saja nanti.

    BalasPadam
  6. tanpa kemudahan lengkap, apa yang boleh dilakukan atlet olahraga di sana? Ranau sememangnya lokasi latihan yang bagus buat atlet olahraga lebih2 lagi dengan kedudukannya yang terletak lebih 700 meter dari paras laut namun tidak akan bermakna jika semua kemudahan dan peralatan belum cukup. jika ada pihak mahu menggunakan kemudahan di kompleks ini, lebih baik datang pada April depan apabila semua kemudahan sudah lengkap.

    BalasPadam
  7. Bagus jugalah kalau mengambil kesempatan ini untuk turun padang.

    BalasPadam
  8. atlet malaysia berlatih kt mana pun x kmajuan..ni baru Ranau pn dah kecoh..hntr luar negara pn sma jga..bila bertanding kat blkg jga tempatnya..

    BalasPadam