Isu Tanah Di Sabah Kini Pada Peringkat Serius, Kata SUHAKAM
KOTA KINABALU, 16 Feb (Bernama) -- Pelbagai isu tanah yang dihadapi oleh penduduk tempatan kini pada peringakt serius yang memerlukan penyelesaian segera, menurut Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Jannie Lasimbang.
Beliau berkata berdasarkan statistik Suhakam dari tahun 2005 hingga tahun lepas, Sabah mencatatkan jumlah aduan paling banyak mengenai isu tanah di negara ini dengan 977 kes, diikuti Semenanjung Malaysia, 654 kes dan Sarawak 251 kes.
"Ia adalah isu yang serius kerana ia membabitkan semua masyarakat di Sabah. Penyelesaian terlalu lambat dan mengambil masa...
"Sebagai contoh tahun lepas saja, daripada 92 aduan kita terima di Sabah, kita hanya mampu menyelesaikan dua kes...memang ia memerlukan usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan semua aduan," katanya selepas menghadiri perbincangan awal mengenai cadangan inkuiri nasional mengenai isu tanah di sini Rabu.
Menurutnya antara isu utama tanah yang dibangkitkan penduduk luar bandar kepada Suhakam ialah percanggahan kepentingan yang membabitkan pembinaan empangan, perladangan dan nasib penduduk yang ditempatkan semula setelah didapati menduduki hutan simpanan buat sekian lama.
Dalam hubungan ini, beliau berkata telah tiba masanya untuk anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) membahaskan isu tanah, khasnya aduan yang diterima Suhakam, dengan harapan untuk mencari penyelesaian yang berkekalan.
Beliau berkata Suhakam akan mengutarakan isu tanah pada inkuiri nasional yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini, dan pada masa yang sama, suruhanjaya itu akan menyedarkan orang ramai mengenai tindakan positif kerajaan negeri untuk menangani isu tanah.
Lasimbang berkata ini termasuk tindakan Sabah Parks memperuntukkan sebahagian daripada kawasan tanahnya untuk zon komuniti dan memberikan hak milik berkelompok masyarakat.
Diharapkan kerajaan akan membantu rakyat menyelesaikan isu tanah sebelum ia sampai ke tahap kritikal.
BalasPadamSebelum is menjadi serius, baik kerajaan berusaha mencari cara untuk menyelesaikan isu tanah ini.
BalasPadamisu tanah yang ada perlu diselesaikan agar kepentingan semua pihak dapat dijaga.
BalasPadamdiharap setiap isu yang ada dapat diselesaikan dengan baik dan cepat.
BalasPadamisu tanah ni mmg patut diberi perhatian sewajarnya. Jangan biarkan hal ni berlanjutan lebih lama kerana ia kan menyulitkan lagi keadaan.
BalasPadamSaya sendiripun hingga kini masih lagi berurusan dengan Jabatan Tanah mengenai tapak rumah yang telah dipohon sejak tahun 1996 oleh bapa saya. lama tu.. huhhu
BalasPadamBagi saya kerajaan dan semua pihak yang ada autoriti dalam kes2 yang berkaitan dengan tanah harus mengambil tindakan yang lebih drastik utk menyelesaikan perkara ini.
BalasPadamSama seperti saya, saya yakin orang lain pun sudah naik bosan berurusan dengan pihak2 yang terlalu lambat bertindak. Jadi sebelum kemarahan melanda, lebih baik buat tindakan yang patut.
BalasPadamSemoga perkara ni dapat perhatian sewajarnya.
BalasPadamTahun lepas ada 92 aduan tapi hanya 2 aduan saja yang dapat diselesaikan. Nampaknya isu tanah semakin serius untuk Sabah. Harap kerajaan perlu menyuarakan masalah ini di ADUN untuk menyelesaikan masalah yang semakin menjadi-jadi ini.
BalasPadamSelsaikanlah masalah ini secepat yang mungkin, jangan ditangguh-tangguh lagi kerana semakin lama semakin bertambah aduan akan diterima dan agak sukar untuk selesai masalah yang sebelumnya.
BalasPadamSemoga masalah ini akan disuarakan dan mendapat penyelesaian secepatnya.
BalasPadammemang patut isu ini dibahaskan di Parlimen. kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa 90 kes masih belum diselesaikan. penjelasan ini penting supaya rakyat tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang suka menggunakan isu seperti ini untuk kepentingan politik mereka.
BalasPadamHarap isu ini akan selesai kerana penduduk sudah lama menunggu.
BalasPadamisu tanah bukanlah isu kecil dan ia perlu diselesaikan segera.
BalasPadamMemang betul. Adakah kaum Bumi akan terus ditindas?
BalasPadamThis is ridiculous.
BalasPadamJangan biarkan perampas semakin berleluasa di Sabah.
BalasPadamhak2 penduduk perlu dipertahankan, selesaikan isu ini dgn segera.
BalasPadamCruel and mean.
BalasPadamHak penduduk tempatan harus dibela.
BalasPadam