Khamis, Februari 24, 2011

BERITA TIDAK BERAT SEBELAH MEMBOLEHKAN RAKYAT UKUR SITUASI SEBENAR

Berita Tidak Berat Sebelah Membolehkan Rakyat Ukur Situasi Sebenar

KUCHING, 24 Feb (Bernama) -- Liputan berita, baik untuk kerajaan mahupun pembangkang, menjelang pilihan raya negeri Sarawak akan datang mesti tepat dan tidak berat sebelah bagi membolehkan rakyat mengukur keadaan sebenar, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata adalah penting untuk media tempatan di Sarawak melaporkan fakta yang tepat, dan bukannya fakta tidak betul dan berat sebelah dalam usaha untuk berlaku adil kepada rakyat yang mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Ia bukan mengenai di pihak mana anda (pemberita) berada. Ia mengenai profesionalisme dan saya amat bangga untuk mengatakan bahawa 99 peratus daripada anda setakat ini membuat laporan berita yang adil," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam ulang tahun ke-38 Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini, Rabu malam.

Terdahulu, pengerusi KDJA Alice Wee turut mengingatkan rakan seperjuangannya untuk tidak berpihak dalam laporan mereka, terutama menjelang pilihan raya negeri, dan untuk menyimpan rakaman temubual mereka dan ucapan bagi rujukan masa depan.

15 ulasan:

  1. Sesuatu berita perlulah dilaporkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Pro dan cons perlu ada dan biar pembaca sendiri yang menilai selepas membaca.

    BalasPadam
  2. berita yang dilaporkan kenalah benar dan tidak berat sebelah.

    BalasPadam
  3. Adalah amat penting peranan media dalam menyebarkan maklumat. Media mampu untuk mempengaruhi rakyat. Saya menyokong tajuk diatas yang mana mana2 berita yang tidak bias membolehkan rakyat memahami situasi sebenar dan mampu untuk membuat keputusan yang tepat.

    BalasPadam
  4. Tolong jangan terpengaruh dengan mana2 parti politik. Jika mana2 yang dikaitkan dengan politik, semuanya akan kacau bilau.

    BalasPadam
  5. ya, media perlu melaporkan berita yang tidak berat sebelah. ini sesuai dengan sikap profesional yang perlu diamalkan.

    BalasPadam
  6. selain itu, yang penting media perlulah menyampaikan maklumat yang benar dan tepat sahaja.

    BalasPadam
  7. Rakyat haruslah bijak menilai sesuatu berita.

    BalasPadam
  8. Tidak semua berita yang dipaparkan adalah benar. Oleh itu, jangan mudah terpengaruh.

    BalasPadam
  9. kadang2 sukar untuk kita melihat keadilan dalam setiap liputan berita lebih2 lagi jika masing2 mempunyai kepentingan terhadap isu yang hendak dihebahkan. mudah untuk mereka mengutamakan tanggungjawab politik berbanding dengan tanggungjawab sebenar mereka.

    BalasPadam
  10. apa2pun saya harap ada perubahan kali ini dimana semua pihak yang membuat liputan dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan jujur tanpa pengaruh dari mana2 parti politik.

    BalasPadam
  11. rakyat tahu menilai sendiri setiap berita yang dilaporkan. oleh itu, siarkanlah berita yang benar.

    BalasPadam
  12. Sudah pasti, sebagai berita haruslah adil dengan dengan semua. Maklumat yang disampaikan haruslah tepat.

    BalasPadam
  13. Berita haruslah dilaporkan berdasarkan fakta dan bukannya cenderung ke arah mana2 pihak.

    BalasPadam
  14. Apapun, yang penting ialah rakyat bijak membuat penilaian. Pastikan berita yang diterima ditimbang sebaik mungkin sebelum ditelan bulat2.

    BalasPadam
  15. A balance, unbiased reporting would allowed the people to make their own conclusions.

    BalasPadam