Selasa, Disember 28, 2010

MEMPERAKUI DOKUMEN ORANG YANG TIDAK KENALI ADALAH KESALAHAN BESAR MALAH SATU PENDERHAKAAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA - NASIR

Berhati-hati Sebelum Sah Dokumen Sijil Anak Negeri, Sijil Kelahiran

SEMPORNA, 27 Dis (Bernama) -- Pemimpin masyarakat terutama Ketua Kampung dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diingatkan supaya lebih berhati-hati sebelum mengesahkan sebarang dokumen berkaitan permohonan sijil anak negeri dan sijil kelahiran.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata sikap itu perlu menjadi amalan pemimpin masyarakat bagi memastikan mereka tidak melakukan kesilapan ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Jika dokumen yang mereka tandatangani itu adalah jelas dokumen penduduk di kawasan yang mereka pimpin maka itu adalah tanggungjawab mereka untuk berbuat demikian. Tetapi jika mereka memperakui dokumen orang yang datang dari luar kawasan mereka atau orang yang mereka tidak kenali, itu adalah satu kesalahan besar malah satu penderhakaan kepada bangsa dan negara kita," katanya.

Nasir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Seminar Sehari Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina Semporna di sini hari Isnin.

Beliau turut meminta pemimpin masyarakat supaya terus berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka kepada rakyat bagi merealisasikan segala dasar dan program yang ditetapkan pimpinan negara.

Katanya pemimpin masyarakat perlu menjadikan langkah kerajaan meningkatkan elaun bulanan mereka, yang diumumkan dalam Bajet 2011, sebagai rangsangan untuk melipat gandakan azam berkhidmat lebih cemerlang.

---

Be Careful When Validating Birth Certificate Applications - Nasir

SEMPORNA, Dec 27 (Bernama) -- Community leaders, especially Village Development and Security Committee (JKKK) chiefs, are reminded to be more careful when validating documents related to applications for native certificates and birth certificates.

Minister in the Chief Minister's Office Datuk Seri Nasir Tun Sakaran said community leaders must practise caution to avoid mistakes when carrying out the responsibilities entrusted to them.

"It is okay if the documents they sign are clearly those of residents in their area, but if they certify documents of people from outside their area or those they do not know, then it is an offence and even a threat to the country."

Nasir was speaking to reporters after closing a seminar involving district chiefs, native chiefs, native chief representatives, village heads and heads of the Chinese community, on Monday.

He also urged community leaders to strive to provide better services for the people so that all programmes and policies mapped out by the country's leaders could be realised.

He said the government's move to increase community leaders' monthly allowance, as announced in the national budget, should serve as motivation for them to work harder.

13 ulasan:

  1. pemimpin masyarakat perlulah berhati-hati Sebelum mengesahkan sebarang dokumen berkaitan permohonan Sijil Anak Negeri atau sijil kelahiran.

    BalasPadam
  2. selain itu, pemimpin masyarakat perlu melipatgandakan lagi khidmat atau prestasi mereka sesuai dengan langkah kerajaan meningkatkan elaun bulanan mereka.

    BalasPadam
  3. pemimpn masyarakat perlu lebih memastikan dokumen yang disahkan adalah untuk orang tempatan.

    BalasPadam
  4. Nasihat ini perlu dititik beratkan....ingatlah bahawa kita adalah tuan ditanah Sabah =...

    BalasPadam
  5. Memang perlu diambilberatkan. Jangan jagan anda menjadi mangsa.

    BalasPadam
  6. Kwan saya juga pernah mengalami kejadian ini. Kiat perlu berhati-hati.

    BalasPadam
  7. Masalah ini tidak habis habiskah?

    BalasPadam
  8. jgn luluskan apa2 permohonan yg melibatkan org luar.

    BalasPadam
  9. sekadar nasihat tanpa sebarang tindakan tidak akan membawa apa2 perubahan. lebih2 lagi jika terdapat unsur2 rasuah dalam meluluskan dokumen2 itu. sebaik2nya siasat perkara ini dan ambil tindakan terhadap mana2 pemimpin masyarakat yang memperakui dokumen orang yang tidak dikenali.

    BalasPadam
  10. I agree 100%. It is a traitorous act for acknowledging illegals as Sabahan. These people are not fit to be Sabahan as they betray their home and people.

    BalasPadam
  11. Jangan melakukan perkara yang akan memburukkan rakyat kita. Jangan kena rasuah..

    BalasPadam
  12. Memang ini satu penderhakaan terhadap kaum dan bangasa sendiri. Jadi janga melakukan perkara ini sesekalipun. Kerana keburukkannya kita sendiri juga yang akan terima padahnya.

    BalasPadam
  13. Siasatan perlu bagi menyelesaikan masalah ini. Kita tidak mahu orang yang tidak layak akan mendapat sijil anak negeri.

    BalasPadam