Jumaat, September 03, 2010

PM MINTA MEDIA ARUS PERDANA TERUS KEKAL LAPOR BERITA BERDASARKAN FAKTA TEPAT

PM Minta Media Arus Perdana Terus Kekal Lapor Berita Berdasarkan Fakta Tepat

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar media arus perdana meneruskan laporan berita berdasarkan fakta yang tepat untuk terus kekal mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Beliau berkata media arus perdana kini menghadapi saingan sengit daripada media baru seperti blog dan laman-laman web yang lebih bersifat peribadi dan tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta tepat.

Justeru itu, beliau berkata media arus perdana perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian berita yang baik dan terus tetap mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Kalau kita baca media arus perdana, intuitifnya adalah laporan yang tidak boleh disangkal, daripada segi faktanya ada pendapat, ada kecenderungan tapi asasnya, prinsipnya ialah berdasarkan kepada fakta.

"Oleh itu, saya ingin menggalakkan media arus perdana untuk terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang mensajikan laporan berdasarkan fakta yang disulami dengan pendapat yang bernas, ilmiah dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya.

?????

Peter Pang kekal Timbalan Ketua Menteri Sarawak

image

16 ulasan:

  1. semua media perlu melaporkan berita berdasarkan fakta tepat. ini bagi membolehkan rakyat mendapat maklumat yang betul.

    BalasPadam
  2. bukan sahaja media arus perdana, tetapi semua media harus melaporkan berita dan maklumat yang benar. mengeluarkan berita tak tepat boleh mengelirukan rakyat.

    BalasPadam
  3. Sebagai media masa, apa yang perlu ialah membuat laporan berita berdasarkan fakta yang tepat dan jangan mereka-reka cerita tanpa fakta. kerena ini akan menjejaskan media tersebut.

    BalasPadam
  4. haha.. macam mana la berita harian boleh silap ni. bila masa pula Peter Pang jadi timbalan ketua menteri Sarawak?.. apa2pun kesilapan ini jangan diulang lagi dan jadikan lah saranan Najib ini sebagai nasihat bukan sahaja untuk berita harian tetapi kepada semua media di Malaysia.

    BalasPadam
  5. semua media perlu memberikan maklumat yang tepat kepada umum. maklumat yang tidak tepat boleh menyebabkan salah faham dalam masyarakat. maklumat yang tepat pula mampu menjadikan masyarakat kita lebih berpengetahuan.

    BalasPadam
  6. Facts are always important. The rakyat deserve to know the truth based on facts and not lies or rumors.

    BalasPadam
  7. Media that provides fake information will only cause problem.

    BalasPadam
  8. Media Arus memang sepatutnya melaporkan berita yang benar dan berfakta.

    BalasPadam
  9. Goshh like this pun can ka? should be clear la Peter Pang is the Deputy of Sabah Chief Minister...not Sarawak... yeerrrr...

    BalasPadam
  10. Tapi apapun Tidak dinafikan semua media kena berteraskan fakta dalam menyampaikan sebarang berita kepada rakyat umum, hal ini kerana orang ramai kebanyakkannya akan terus mempercayai apa yang disampaikan...

    BalasPadam
  11. klu media boleh salah dalam memberikan maklumat, bagaimana pembaca nak yakin dgn media? media harus bersikap jujur dan telus dalam memberi laporan dan maklumat kepada pembaca.

    BalasPadam
  12. media haruslah menyampaikan berita berdasarkan kepada fakta yang tepat dan bukannya spekulasi, pendapat peribadi atau ulasan peribadi yang mana tidak ilmiah, tidak tepat dan tidak benar..

    BalasPadam
  13. rakyat atau pembaca haruslah menyemak terlebih dahulu apa2 berita yang disampaikan terutama dari blog2. jangan terus mempercayai kepada apa yang dibaca.

    BalasPadam
  14. Whether the mainstream media or the alternative media, both should report a news exactly as it is, with facts to back up.

    BalasPadam
  15. hahhahahhahhaa... tidur2 mungkin editornya ni sampai nda perasaan ada mistake..

    BalasPadam
  16. Apapun, kesilapan seperti ini tak sepatutnya berlaku. Bikin malu sama media saja. huhuhu

    BalasPadam