Khamis, September 02, 2010

KEDATANGAN PATI DI KAMPUNG-KAMPUNG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK MALAH MENGANGGU HARTA BENDA PENDUDUK - KETUA POLIS DAERAH KENINGAU DSP ZAHARI MOHAMED

Polis tahan 80 PATI dalam operasi bersepadu di K'gau

KENINGAU: Polis menahan 80 orang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu operasi bersepadu IPD di sini dalam dalam operasi yang diadakan di sekitar pekan bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, 15 daripada yang ditahan pada petang itu dibebaskan kerana berjaya menunjukkan dokumen mereka yang sah.

“Mereka yang ditahan terdiri dari 22 rakyat Filipina dan 58 rakyat Indonesia ditahan untuk pemeriksaan dan dokumentasi,” katanya kepada media di sini kelmarin.

Zahari memberitahu, mereka yang tidak mempunyai dokumen akan dirujuk kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah itu berkata, operasi yang dijalankan itu adalah mengesan dan menahan PATI yang dipercayai mengancam keselamatan dan menganggu orang ramai terutama gadis-gadis tempatan di sekitar pekan.

Katanya, mengikut pemantauan polis remaja rakyat asing yang tidak bekerja kebanyakannya melepak di kawasan pekan dan dikhuatiri menyumbang kepada kegiatan jenayah.

Justeru itu katanya, polis akan meneruskan operasi dari masa ke masa bagi mengesan dan menahan mana-mana rakyat asing yang melepak di kawasan pekan.

Katanya, kebanyakan rakyat asing dari Filipna dan Indonesia yang datang di negeri ini menngunakan pasport lawatan sosial tetapi terus tinggal dan mencari pekerjaan di sini.

“Tindakan ini adalah salah dan tidak membenarkan mereka bekerja tinggal di negeri ini,” tegas Zahari.

Juteru itu katanya, rakyat tempatan diingatkan agar jangan mengambil pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

“Penduduk kampung perlu bekerjasama dengan polis untuk menangani masalah kedatangan PATI di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman,” kata Zahari.

Dalam masa yang sama Zahari meminta pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memastikan kampung masing-masing tidak didatangi oleh PATI.

Katanya, kedatangan PATI di kampung-kampung boleh mengancam keselamatan penduduk kerana mereka menganggu anak-anak gadis malah menganggu harta benda penduduk.

39 ulasan:

  1. Penduduk kampung perlu bekerjasama dengan polis untuk menangani masalah kedatangan PATI seperti memberikan malumat tentang PATI ini sekiranya ada. Ini akan memudahkan pihak berkuasa menjalankan operasi penagkapan.

    BalasPadam
  2. PATI memang tidak membawa apa2 manfaat. PATI adalah ibu kepada kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    BalasPadam
  3. KEDATANGAN PATI DI KAMPUNG-KAMPUNG BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK MALAH MENGANGGU HARTA BENDA PENDUDUK - KETUA POLIS DAERAH KENINGAU DSP ZAHARI MOHAMED

    Inilah sebabnya semua parti harus bekerjasama untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih besar. Penduduk kampung juga harus memberikan kerjasama mereka untuk menolong polis dalam menangani masalah kedatangan PATI.

    BalasPadam
  4. ini yang kita takut dengan adanya PATI ini, ialah tentang keselamatan rakyat kita ini. Keselamtan kurang terjamin sekiranya PATI terlalu ramai dikawasan itu. PATI ini haruslah ditangani secepatnya dan ambil perhatian serius kerana boleh mengundang berlaku pelbagai jenayah dengan adanya PATI ini.

    BalasPadam
  5. kebanjiran PATI seperti tiada kesudahannya. kemungkinan selepas 3 generasi isu ini tetap ada tanpa sebarang penyelesaian yang benar2 berkesan.

    BalasPadam
  6. First of, good job to the police for arresting 80 suspicious illegal immigrants. It's good to be informed about the PATI issue. By hook or by crook, this issue needs to be solved as soon as possible before the population of PATI outnumbered us sabahans completely.

    BalasPadam
  7. When will this PATI problem ever end?? It seems to be getting worser day by day.

    BalasPadam
  8. kedatangan PATI di kawasan2 kampung terutama di bahagian pedalaman yang mana mereka ini sukar dikesan boleh menggangu ketenteraman penduduk. penduduk kampung harus memberikan kerjasama kepada pihak polis jika ada penduduk asing yang menetap di kawasan mereka.

    BalasPadam
  9. But whatever it is, I'm sure the government is trying their best in solving this issue. It's just matter of time...i hope.

    BalasPadam
  10. setiap hari kita baca di akhbar2 tempatan mengenai kes2 jenayah yang berlaku dilakukan oleh pendatang asing.ini adalah bukti dan fakta di mana pendatang asing telah mengugat keharmonian serta keselamatan penduduk tempatan.mereka ini (pendatang asing)seolah-olah tidak menghormati undang2 negara kita.

    BalasPadam
  11. hubungan diplomatik bagi mana2 negara yang enggan bekerjasama berhubung dengan isu pendatang asing rakyat mereka di negeri sabah harus diputuskan. janganlah kita terlalu berlembut hati atas dasar hubungan diplomatik sehingga mengadai hak penduduk kita sendiri yang kini merasa asing di tanah air sendiri. kerajaan harus bertindak tegas!

    BalasPadam
  12. diharapkan agar isu pendatang asing di negeri sabah akan diselesaikan segera. kerjasama antara semua pihak adalah diperlukan untuk memungkinkan impian/mimpi ini menjadi realiti.

    BalasPadam
  13. Bikin sakit jiwa oo ini isu nda pandai selesai!!

    BalasPadam
  14. Cuba kunun, sesiapa yang ada kuasa/autoriti tu tolong kasi selesai ni isu sebelum tambah teruk.

    BalasPadam
  15. Sudahlah datang tanpa izin, masuk kawasan orang berani buat hal lagi.. adiii PATI ini oo.. Hantar p Avatar pada muka!!! hahaha

    BalasPadam
  16. Diharapkan pihak berkuasa rajin2 lah buat pemantauan.. Sekurang-kurangnya takut juga pati buat hal. Susah juga ni kalau berterusan begini, bukan pati yang takut tempatan,tetapi tempatan pula yang risau akan keselamatan diri. huhuhu

    BalasPadam
  17. Semoga hal ni akan berakhir cepat :)

    BalasPadam
  18. kedatangan PATI ke kawasan kampung memang akan merisaukan penduduk kampung. harap operasi untuk membenteras PATI akan terus dilakukan.

    BalasPadam
  19. pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan bagaimana PATI ini boleh menembusi sempadan perairan kita dan memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah. pasti ada dalang yang membenarkan mereka masuk ke negara kita dan kemungkinan wujud unsur2 rasuah dalam hal ini.

    BalasPadam
  20. penduduk tempatan harus bekerjasama dengan polis dalam menangani masalah PATI ini. ini penting bagi mengurangkan jumlah PATI yang berada dalam negara kita.

    BalasPadam
  21. walau bagaimana giat pun pihak berkuasa menangani kebanjiran PATI di negara ini, selagi kawalan pintu2 masuk dan perairan negara longgar, masalah ini tidak akan pernah selesai. baru2 ini terdapat laporan berkenaan dengan pelabuhan yang membenarkan rakyat asing memasuki negara ini yang melibatkan pemalsuan dokumen dan berlaku amalan rasuah dikalangan pegawai2 imigresen. kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjadi dalang.

    BalasPadam
  22. tahniah kepada polis Keningau atas kejayaan mereka menahan PATI di keningau. harap lebih ramai PATI dpt dikesan. kehadiran mereka byk menyusahkan penduduk tempatan.

    BalasPadam
  23. kerajaan melalui Jabatan Imigresen tidak mampu 'mencari' PATI yang bersembunyi di setiap ceruk kota mahupun desa dan tidak termasuk di hutan-hutan belantara tanpa kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan dan masyarakat. para majikan juga perlu memberi kerjasama untuk tidak menggajikan PATI semata-mata ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana tidak perlu membayar kos permit mereka atau sekadar dapat membayar gaji lebih murah.

    BalasPadam
  24. PATI adalah punca kebanyakan masalah yang dihadapi orang kita.

    BalasPadam
  25. It is definitely ruining the tranquility of those kampungs.

    BalasPadam
  26. mmg masih tertalu ramai PATI yang menetap di Sabah, kesemua mereka perlu dikesan dan ditahan. mereka byk membawa masalah kepada sosial negeri sabah. pihak berkuasa perlu lebih kerap membuat operasi dalam membanteras PATI ini.

    BalasPadam
  27. PATI hanya akan memburukkan keadaan di kampung2.Manakan tidak, semua hasil mereka akan dikebas dan keselamatan mereka akan terancam.Anda mahu keluarga anda porak peranda?

    BalasPadam
  28. I totally agree that PATI will only cause kiosks in rural areas.

    BalasPadam
  29. tahniah dan lakukan usaha yang berterusan untuk membawa PATI ini keluar dari Malaysia. memang benar kita memerlukan tenaga dan kepakaran mereka untuk membangunkan industri tempatan tapi biarlah dengan cara yang betul. kerajaan perlu menghadkan jumlah pekerja asing di Malaysia supaya kelak kita mudah mengawalnya.

    BalasPadam
  30. Usirkanlah mereka dari kediaman para penduduk kalau ingin selamat.

    BalasPadam
  31. Teruskan usaha ini agar satu hari nanti Sabah catat sifar pati.

    BalasPadam
  32. The local people should play their roles too.

    BalasPadam
  33. The PTI problem must be addressed accordingly. If not there would be more issues arising.

    BalasPadam
  34. Orang Sabah mungkin sudah lali dengan kehadiran pati. Bagi majikan-majikan yang mengupah pati, tanpa mereka perniagaan mungkin tidak dapat dijalankan.

    BalasPadam
  35. Sebelum wujud pati, orang tua-tua kata kereta yang park tepi jalan tidak perlu kunci pun. Aman damai tidak macam sekarang.
    Kereta dikunci tidak jamin keselamatan, cermin mungkin dipecahkan untuk mencuri barangan dalam kereta.

    BalasPadam
  36. PATI memang telah menjadi beban masyarakat. Kerajaan perlu mengambil hal ini dengan serius. Harap dapat mengawalnya.

    BalasPadam
  37. Looks like it's getting worsen than ever. The government should take this matter seriously and put the people as their 1st priority.

    BalasPadam
  38. Memang Govt sudah melakukan pelbagai usaha dan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyelesaikan masalah ini namun, keadaan hanya bertambah teruk. Hal ini kerana ada sebilangan yang memberi PTI2 ini rumah/bilik untuk disewa.....Sedarlah wahai individu2 yang masih lagi memberi mereka ini tempat untuk bertedu. Anda hanya menyumbang kepada lagi ramai PTI di Sabah.

    BalasPadam
  39. Dan memang tidak dinafikan mereka2 ini menyumbang kepada jenayah yang berlaku demi untuk menampung hidup. Dan lagi mereka2 ini amat berharap untuk berkhawin dengan rakyat disini agar segala2nya akan terjamin.... Rakyat harus perangi PTI dan jangan menunggu kerajaan sahaja untuk bertindak. Bersama2 kita perangi PTI...

    BalasPadam