Kerajaan Arah Polis Siasat Kes Buang Bayi Sebagai Kes Percubaan Membunuh Dan Bunuh
Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya Khamis berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.
Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya.
Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.
"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," kata kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Katanya, langkah itu wajar bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan kejam bayi ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu.
Sehingga hari ini, terdapat 60 kes pembuangan bayi dilaporkan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan berjumlah RM2,657,010 kepada 59 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini hari ini, berkata bukan sahaja wanita yang terlibat dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan ini tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.
"Kita sekian lama mengambil pedekatan kebajikan, tetapi saya melihat bahawa walaupun kita ada kempen atau macam-macam program tetapi masih ada pasangan yang sanggup bunuh bayi mereka, saya nak kata, kerajaan tidak akan biarkan perkara ini berlaku," katanya.
Beliau berkata tidak ada alasan bagi mereka untuk membuang bayi kerana terdapat pelbagai cara telah diwujudkan untuk membantu dan menangani pasangan yang terdesak yang berada di dalam keadaan yang ingin membuang bayi.
Antaranya mereka boleh pergi ke pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis dan sebagainya yang terdapat di seluruh negara.
"Sebab itu selepas ini tiada maaf bagimu, ada sahaja kes selepas ini akan diklasifikasikan di bawah kes bunuh," katanya.
----
Nik Aziz Sokong Hukuman Lebih Berat Kes Buang Bayi
hukuman lebih berat itu adalah menepati ajaran Islam supaya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan bakal pelaku…bersetuju sekiranya hukuman bunuh dikenakan ke atas kes membabitkan kes buang bayi yang menyebabkan bayi itu mati,
----
Universiti Perlu Laksana Kajian Menyeluruh Kes Buang Bayi: Rosmah
"Janganlah buat kajian itu lama sangat sebab keadaan sudah kritikal,"
---
Tiga Lagi Kes Buang Bayi Dalam Tempoh 24 Jam, Kata Shahrizat
Tiga lagi kes pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur,
lakukan lah apa yang sepatutnya difikirkan terbaik memandangkan pelbagai usaha telah dilakukan namun masih tidak memberi kesan. dalam kes ini, yang salah bukan undang2, bukan kerajaan, masyarakat atau keluarga, tetapi individu itu sendiri. jadi terimalah hakikat hukuman ini sekiranya terlibat.
BalasPadamselain daripada mengenakan tindakan kepada pesalah, kerjaan perlu memikirkan cara untuk mencegah remaja daripada terlibat dengan seks luar nikah yang menyebabkan pembuangan bayi.
BalasPadamdiharap kes buang bayi tidak berlaku lagi.
sungguh kejam hingga sanggup membunuh bayi sendiri, mereka ini mmg patut diberi hukuman berat. bagaimanapun, bagi menbendung kejadian seperti ini, penerapan nilai murni perlu dipupuk sejak kecil lagi.
BalasPadamSemoga dengan adanya peraturan baru ini akan mengurangkan dan sekaligus tidak akan ada lagi berlaku aktiviti membuang bayi seperti cendawan tumbuh selepas hujan....
BalasPadamKenapa ada orang sanggup membunuh bayi sendiri. Pandai buat tapi tak berani nak tanggung.
BalasPadamhukuman setimpal memang sesuai bagi pembuangan bayi. Mereka tidak ada belas kasihan dengan bayi itu. kesian sungguh perkara ini boleh berlaku dinegara kita ini.
BalasPadamsebaik2nya cuba cari dulu pendekatan lain yang lebih bersifat mencegah. kalau disebabkan undang2 perkahwinan malaysia terlalu rumit, cuba longgarkan. jika mas kawin terlalu tinggi, cuba pertimbangkan mengikut kemampuan. kaji dahulu kaedah2 negara lain yang telah berjaya menyelesaikan kes ini.
BalasPadamMasa "buat", tidak ingat consequencesnya, mo enjoy saja. Sudah begitue, buang bayi lagi. Isu perlu diselesaikan. Jangan dibiarkan sehingga sukar untuk dikawal.
BalasPadamhukuman gantung?itu terpulang dengan mahkamah yang rasa sesuai dengan kes ini.
BalasPadamtindakan membuang bayi memang merupakan tindakan yang kejam. ibu bapa haruslah sentiasa memantau anak-anak mereka bagi mengelakkan anak-anak terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
BalasPadamHarap keadaan akan bertambah baik, jika tidak akan banyak lagilah yang menjadi mangsa..
BalasPadamsetuju dengan saranan hukumun gantung terhadap mereka yang membunuh atau berniat untuk membunuh bayi mereka...kes pembuangan bayi di malaysia sangat tinggi dan berlaku hampir setiap minggu..jika dibiarkan akan memudaratkan negara baik dari segi sosial, politik dan ekonomi...
BalasPadamtelah banyak kempen2 kesedaran yang telah dilakukan oleh kerajaan berhubung dengan kes pembuangan bayi namun nampaknya kurang berkesan...kini adalah masanya untuk mengenakan tindakan undang2 yang lebih berat kepada mereka yang bersalah...diharapkan melalui pendekatan ini, kes pembuangan bayi akan dapat dikawal dan seterusnya dibendung sepenuhnya..
BalasPadampalis2.... kenapa lah ada manusia setegah ini. huhuuhuhu :(
BalasPadamMereka tidak pernah merasa dibuang ibubapa. Sangat kejam membunuh anak sendiri. Kempen kempen juga tidak guna lagi.
BalasPadamWe humans are not humans anymore. We are killing our own kind.
BalasPadamSaya sangat kecewa dengan perbuatan manusia. Jika tidak mahu anak, jangan buatlah.
BalasPadamBagus idea itu. Hukuman gantung adalah idea yang paling effective.
BalasPadamMemang tidak boleh dimaafkan kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan ini. Tapi hukuman mati ini bukan penyelesaian semua masalah, kita kenalah cari punca masalah pembuangan bayi ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu, pendidikan dan nilai-nilai moral perlu disemaikan dalam setiap orang supaya dapat mewujudkan masyarakat yang baik.
BalasPadamIt is upsetting to see this kind of inhumane behavior. An animal will never abandon its children but humans, with more intelligence than animals can do these kind of things to their off-springs, we are no better than animals.
BalasPadam