Kertas siasatan hilang, dijual di kedai kitar semula
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, kelmarin.
Kertas siasatan itu mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan.
Ia disimpan di dalam sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai.
Difahamkan, keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan di situ menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula.
Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000 kilogram itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari pada Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ.
Beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut.
“Berikutan itu, kita telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.
“Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di IPD Gombak di sini hari ini.
Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin.
Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan.
Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari mulai semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
dua2 salah.. sudah tahu kertas siasatan itu penting simpanlah baik2, lebih2 lagi ketika bilik itu hendak diubah suai. atau bagi amaran kepada buruh2 itu supaya jangan menyentuh barang2 yang terdapat dalam bilik... yang buruh binaan tu pun patut tanya dulu, jangan suka hati ambil pastu jual.
BalasPadamkertas siasatan tersebut patut dijaga dengan baik. pihak yang mengambil kertas siasatan tersebut pula memang tidak sepatutnya melakukan demikian. harap pekara ini dapat diselesaikan.
BalasPadamkes ini bukan kes bsar pun ,lagipun kertas siasatan tu mmg nak dilupuskan, bagaimanapun, adalah silap juga buruh2 tu kerna sesuka hati ja mengambil dan menjual kertas itu.
BalasPadamdalam kes ini, ternyata buruh memang salah, mengambil harta orang lain dengan sesuka hati tanpa meminta izin orang terlebih dahulu.
BalasPadamKertas2 tidak sepatutnya diletak merata2 dan bertanya dulu jika kertas2 itu boleh diambil atau pun tidak..
BalasPadamNext time, keep the investigation files in proper storage. That way you won't lose a whole bunch of it.
BalasPadamsepatutnya polis lebih bijak, meletakkan amaran dekat kertas-kertas tersebut. tidak juga buruh-burh itu mahu ambil.
BalasPadamburuh itu perlu tau bahawa kertas itu bukan hak mereka, mereka tak sepatutnya mengambilnya sesuka hati.
BalasPadamburuh tersebut tidak sepatutnya mengambil kertas siasatan tersebut. harap pekara seperti ini tidak berlaku lagi.
BalasPadamhahaha... telampau obses sama kitar semula ba tu. hehehe
BalasPadamApa pun harap hal ni diberi perhatian sewajarnya supaya tidak berulang lagi :)
BalasPadamsemuanya disebabkan oleh kecuaian..
BalasPadamseharusnya kejadian ini menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan berkenaan dengan pengurusan pejabat..kertas2 kes harus disimpan dengan rapi sebelum dihapuskan..
BalasPadamSaya ingat semua dokumen penting kena disimpan selama sekurang-kurangnya 5 hingga 7 tahun sebab itulah peraturannya.
BalasPadamSemua ini kenalah diurus dengan baik, lebih-lebih lagi kalau dokumen itu adalah sulit, tak baik kalau jatuh pada tangan orang lain.
BalasPadamSungguh bahaya kalau dokumen sulit berada di tangan orang lain. Polis haruslah menyimpan dokumen2x tersebut di tempat yang sulit dan jangan lupa kuncikannya.
BalasPadamDiharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
BalasPadamManalah boleh simpan begitu, orang pun ingat sampah.
BalasPadamSemua ornag pun bersalah. Mereka patut tanya dahulu sebelum mengambil untuk menjadi kitar semula pula.
BalasPadamSalah siapa? Mereka sendiri tidak berhati-hati. Sekaranglah bagi mereka.
BalasPadam