Doktor buang ketumbuhan gergasi
SEORANG doktor memegang tumor seberat 23 kg milik seorang wanita di Argentina.
BUENOS AIRES - Sekumpulan doktor berjaya membuang ketumbuhan gergasi dipercayai terbesar di dunia yang dihidapi seorang wanita di Argentina, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketumbuhan seberat 23 kilogram (kg) itu dikeluarkan daripada rahim wanita berusia 54 tahun dalam satu pembedahan yang berlangsung selama empat jam di Hospital Gandulfo pada minggu lalu.
Ketumbuhan itu membesar di dalam rahim pesakit berkenaan sejak 18 bulan lalu. Para pegawai perubatan percaya ia merupakan tumor barah terbesar di dunia yang pernah dibuang dari tubuh manusia.
"Saya tidak pernah melihat tumor sebesar ini sepanjang 34 tahun berkhidmat sebagai doktor," kata pakar bedah hospital berkenaan, Dr. Oscar Lopez.
Lopez menjelaskan, pesakit yang dirahsiakan namanya itu dibenarkan pulang dengan berat badannya turun sebanyak 35 kilogram selepas pembedahan.
ketumbuhan yang sangat besar...nasib baik kumpulan doktor tersebut berjaya membuang ketumbuhan besar itu..
BalasPadamketumbuhan ini benar2 sgt besar, harap selepas ini, pesakit tersebut dpt menjalani hidup seperti biasa.
BalasPadamWhoa..now that is a big tumor! Glad the team of doctors was able to take it out.
BalasPadamsungguh menakutkan ketumbuhan gergari ini. tahniah kepada doktor-doktor yang berjaya membuang tumor itu.
BalasPadamPunya besar!!!!!!!! Tapi syabas lah para doktor tu memang hebat!
BalasPadamyang paling penting pembedahan itu berjaya dan wanita itu selamat..
BalasPadami cant believe something like will grow humungously large!!and inside vagina some more!!!!!
BalasPadamGosh...i can't believe i just saw that. How awful...
BalasPadamTidak percayalah apa saya sedang nampakkan. Teruknya benda itu. Macam bayi!!
BalasPadamWhoa! Damn. No wonder the lady gain weight. It seems there's a humongous tumor in her womb. Thank god the lady is OK once it was removed. Otherwise who would know what will happen to her.
BalasPadam