Remaja Perempuan 22 Tahun Dipercayai Jadi Keldai Dadah Di China
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang remaja perempuan tempatan dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah atau telah dijual ke negara asing selepas dilaporkan hilang sejak Mei lepas.
Kejadian berlaku selepas Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah yang mengikuti pengajian Diploma Perniagaan di sebuah politeknik di Kuching, Sarawak, mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial pada awal tahun ini.
Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang pada 24 April.
"Menurut rakan sebiliknya, Christina, memberitahu beliau akan ke China pada 29 April untuk mengikuti James bagi menjalankan perniagaan bersama-sama.
"Selepas itu tiada khabar daripadanya sehinggalah pada 10 Mei lepas apabila beliau menghubungi rakan sebiliknya melalui e-mail dan memberitahu bahawa dia dalam masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, pada Rabu.
Luke Niju, 58, berkata Christina turut memaklumkan bahawa James telah meninggalkannya di China selepas menerima sejumlah wang dari seorang individu.
"Kami membuat laporan polis di Sandakan pada 6 Mei lepas setelah usaha menjejakinya melalui e-mel dan sistem pesanan ringkas gagal," katanya yang kemudian menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA untuk meminta bantuan lanjut.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata beliau kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa atau cuba mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa.
Beliau berkata pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan dan maklumat dari Interpol untuk mengesan lokasi mangsa dan seterusnya membawa mangsa pulang ke tahah air.
----
Janganlah percaya pada orang yang tidak dikenali, berapa kali kena diulangi? Tolonglah fikir dulu sebelum bertindak, nanti diri merana.
BalasPadamini jadi pengjaran kepada semua. kena berhati-hati.janganmudah percaya dengan orang yang tidak dikenali.
BalasPadammakin menjadi2 pula si awang hitam ni.. patut isu ini disebarkan kesemua ipt di Malaysia dan samapikan juga kepada ibubapa sama ada yang berada di bandar mahupun di kampung2..
BalasPadamentah macam mana la strategi si awang hitam ni memikat gadis2 sabah sampai sanggup ikut ke china. sedangkan saya sendiri, jangankan facebook, face 2 face pun kepayahan.. sedih plak.. anyway, jadikan ini sebagai pengajaran dan kepada pihak berkuasa tempatan, lakukan tindakan segera.
BalasPadamAduiii, macam mana juga boleh tertipu bah.. Tapi benda dah jadi, apa boleh buat lah - cuma mampu berharap agar hal ni tidak berulang lagi. Ingat sentiasalah berhati-hati ya :)
BalasPadampihak-pihak yand diberi kuasa dan media massa di seluruh negara wajar menyebar luas tentang maklumat penipuan warga Afrika terhadap gadis-gadis tempatan...
BalasPadamRemaja itu patut tahu orang tidak boleh dipercayai melalui web. Ibubapa kenapalah memberikan perkara ini berulang lagi?
BalasPadamGadis ini memang tidak berapa bertanggungjawab. Dia sepatutnya tahu ini akan berlaku. Manalah boleh percaya orang melalui web.
BalasPadamsepatutnya remaja berkenaan lebih berhati-hati..kepada semua, berhati-hati dalam apa jua urusan, terutamanya dengan orang yang baru dikenali.
BalasPadampara pelajar sekalian, janganlah mudah tertipu terutamanya perempuan. banyak jenayah berlaku seperti ini. maka, berwaspadalah selalu.
BalasPadam