Salleh Majid Setuju Dengan Pandangan Tun M
PETALING JAYA: Felo Utama Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Salleh Majid berkata,beliau bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil dan bukan sama rata di negara ini.
Salleh berkata, agihan secara adil itu penting untuk menggelakkan sesuatu kaum ketinggalan berdasarkan tahap sosioekonomi mereka.
"Bayangkan apa akan terjadi jika semua dapat sama rata. Ia mungkin menyebabkan lebih banyak kekecohan antara kaum kerana kita tidak dapat mengejar antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini,Jumaat.
Semalam, Dr Mahathir menjelaskan, pembahagian kekayaan negara tidak boleh dibuat secara sama rata untuk semua kaum tetapi perlu dilakukan secara adil mengikut tahap sosioekonomi sesuatu kaum itu.
Kata beliau, jika kekayaan negara dibahagi sama rata, mereka yang ketinggalan tidak mungkin dapat mengejar golongan yang berada di hadapan dan tujuan utama pembahagian secara adil dilakukan adalah supaya pendapatan rakyat daripada setiap kaum disamakan dan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin tidak begitu ketara.
Beliau berkata demikian ketika muncul pada Forum Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Kita, Siri Ketiga: Kepentingan Bumiputera Dalam RMK-10 yang disiarkan oleh RTM semalam.
Dalam pada itu, Salleh yang juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri itu semalam kerana menurutnya RMK-10 seharusnya menumpukan kepada membangunkan masyarakat bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan kaum lain.
"Pandangan yang dikemukakan oleh Tun adalah konsisten dan berteraskan kepada kepentingan semua kaum di negara ini dan bukannya bersifat menyebelahi sesuatu kaun sahaja," ujarnya.
Sehubungan dengan itu, Salleh berkata, pengagihan secara adil itu perlu dibuat secara telus berdasarkan kepada kemampuan dan kredibiliti individu atau kumpulan mengikut kaum.
"Jangan kerana ada kepentingan politik, sesuatu syarikat yang dimiliki oleh sesuatu kaum diberi projek berbilion ringgit walaupun tiada kemahiran dalam menguruskan projek besar.
"Itu adalah tidak betul dan bakal mengundang masalah lain," ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pihak yang akan mempersoalkan jika permintaan bumiputera untuk mendapatkan cuma 30 peratus daripada kekayaan negara, Salleh berkata, mereka yang bercakap begitu sebenarnya tidak tahu sejarah negara ini.
mungkin ada rasionalnya pandangan Tun Dr M, kerana pembahagian sama rata tidak akan mengubah jurang perbezaan itu melainkan kerajaan memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah atau miskin.
BalasPadampembahagian sama rata mungkin boleh meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat tapi jurang perbezaan tetap wujud dan tidak akan berganjak. oleh itu jika ingin mengubah jurang tersebut, kerajaan perlu meneliti saranan Tun dan lakukan kajian bagi memastikan keberkesanannya.
BalasPadampendapat Tun Mahathir ada betulnya..apa yang penting adalah pengagihan dapat mengurangkan jurang yang ada..
BalasPadampembahagian sama rata mmg perlu, ia adalah satu sikap adil dlm pentadbiran. selain itu, tidak akan timbul perasaan tidak puas hati dari mana2 pihak.
BalasPadamkeadilan dalam pembahagian itu yang penting dan sama rata perlu juga ada. itu mesti ada pada pemimpin.
BalasPadamAda betulnya juga pandangan beliau ni. Apapun semuanya terserah pada kerajaan utk melaksanakannya dan saya yakin kerajaan pasti tahu apa yg terbaik utk rakyat :)
BalasPadamapa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir adalah pendapat yang bijak kerana hanya dengan 'adil' boleh memberi pembahagian sama rata. jika sama rata tetapi tidak adil maka hanya satu kaum sahaja yang mendapat manfaat.
BalasPadammemang benar, jika sesuatu projek dilaksanakan kerana ia ada kepentingan politik maka ia sudah melanggar hak dan kepercayaan rakyat!
BalasPadamSaya bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir. Dengan pembahagian kekayaan secara adil dapat mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin. Diharapkan kerajaan mempertimbangkan pandangan Tun Mahathir.
BalasPadamThat is Tun Mahathir for you. We are now living as caste. The rich caste and the poor caste. So, it's better to be fair and square and at the end of the day, everyone is happy.
BalasPadam