Sesi Meja Bulat Bincang Kewajaran UPSR Dan PMR 19 Dan 27 Julai Ini
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan kerajaan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.
"Rumusan perbincangan akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos ini," kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata perbincangan meja bulat yang pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil pendidik, termasuk pegawai kanan kementerian, pengarah Jabatan Pelajaran negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.
"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk mereka di luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil badan-badan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini," katanya.
Katanya beliau berharap pandangan menyeluruh berkaitan dengan pemansuhan UPSR dan PMR dari setiap lapisan masyarakat akan dapat dihasilkan melalui perbincangan meja bulat itu.
"Pemantauan terhadap pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dilakukan oleh pihak kementerian dan buat masa ini banyak pandangan serta pendapat sudah dikumpulkan dan ini akan diambil kira semasa perbincangan meja bulat," katanya.
Orang ramai yang berminat masih boleh mengemukakan pandangan melalui khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.
pandangan orang ramai perlu diambil mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. harap kerajaan akan mengambil keputusan yang benar2 tepat.
BalasPadamini memang harus dibuat untuk meminta kata putus dan cadangan lain dari semua pihak berhubungan pemansuhan UPSR dan PMR. oleh itu, dengan perbincangan ini nanti akan dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk semua.
BalasPadamdiharapkan keputusannya kelak akan menghasilkan satu sistem pendidikan baru yang lebih berkualiti dan berkesan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan global..
BalasPadamdiharapkan semua pihak dapat memberikan sumbangan idea kepada pembaharuan dalam sistem pendidikan dan amalan pengajaran bagi menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.
BalasPadamOrang ramai patut mengambil kesempatan ini untuk meluahkan cadangan serta pendapat masing-masing.
BalasPadamSatu tindakan yang tepat oleh kerajaan. Hal ini kerana segala polisi yang dikeluarkan oleh kerajaan kesannya adalah kepada rakyat. Rakyat perlu mengambil peluang ini untuk kebaikkan seluruh malaysia.
BalasPadamThis is good move to take in the voices of the grassroots.
BalasPadamharap sistem pendidikan negara akan bertambah baik selepas ini.
BalasPadamRakyat boleh menyuarakan pandangan mereka menerusi khidmat pelanggan kementerian.
BalasPadamThis shows that the government wanted to know the voices of the people before making any decisions.
BalasPadamMereka bolehlah menyuarakan pandangan mereka denbagn bebas sekarang.
BalasPadam