Ahad, Julai 11, 2010

MUHASABAH (MENGEVELUASIKAN) DIRI, DEMI PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK?

Menggesa MIC mencontohi "perubahan" yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Inilah yang saya maksudkan, perubahan. Umno melakukan perubahan, anda juga perlu sama-sama melakukan perubahan, berubah untuk lebih baik.

"Dan saya berjanji, sebagai Perdana Menteri saya akan bersikap adil kepada semua kaum,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

---

Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu memberi keutamaan untuk mengurus dan memperbetulkan setiap persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang yang semata-mata mahu mengelirukan rakyat terhadap parti dan kerajaan.

"Pihak pembangkang tidak akan berhenti untuk memutar-belitkan banyak fakta, kadang-kadang sampai ke peringkat mahkamah, buat laporan tidak betul dalam media sosial, diputarbelitkan dengan pembohongan dalam pelbagai peringkat ditambah pula dengan fitnah,"

Kepimpinan semua peringkat perlu bekerja keras menjayakan perjuangan parti dalam membela nasib rakyat dengan melaksanakan pelbagai program yang dirancang.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin

---

"Sama ada kita suka atau tidak, BN perlu ditransformasi...sama seperti yang kita buat di dalam Umno sebelum ini, di mana beberapa Perlembagaan telah diubah bagi menyesuaikannya dengan keadaan semasa.

"Kita kena ubah cara lama, bentuk serta imejnya, dengan beberapa pendekatan supaya dapat diterima rakyat,"

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

---

"Landskap politik negara kini telah berubah dan tidak serupa lagi dengan keadaan di masa yang lalu. Justeru, saya menggesa semua ahli dan pimpinan parti BN supaya dapat mengkaji dan memahami landskap politik pada masa kini kerana segalanya telah berubah dan perlukan pendekatan baru dengan menukar metodologi lama yang telah ketinggalan,"

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

---

Pendekatan 5S boleh membantu Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno mencatat kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang,

5S ialah strategi, semangat, sungguh-sungguh, stamina dan serang.

"Kalau kita takut jadi juara rakyat, kita akan terus tertinggal,"

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan

---

"Tetapi janganlah pula tidak menghormati mereka yang tidak berjawatan sebab mereka juga mempunyai peranan dalam parti. Saya mahu saudara-saudara semua bersikap menyimpan gelas yang apabila lepas kita minum, kita simpan, bukan seperti botol mineral, bila dah habis minum, kita buang,"

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

---

Mahukan supaya Umno Sabah turut menggerakkan jentera bagi mendekati golongan muda dan pengundi baru terutama melalui media baru teknologi maklumat (ICT).

Ketua Menteri Sabah & Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Musa Aman

8 ulasan:

  1. sekiranya semua saranan pemimpin ini dilaksanakan atau diamalkan pasti akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah. oleh itu, lakukan apa yang sepatutnya untuk kebaikan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  2. jika semua saranan tersebut diikuti, sokongan terhadap BN akan menjadi kukuh..paling penting kepentingan rakyat dan negara ini terjaga..

    BalasPadam
  3. Saya setuju apa yang diterangkan oleh PM. Melakukan perubahan, anda juga perlu sama-sama melakukan perubahan, berubah untuk lebih baik.

    BalasPadam
  4. Mungkin kalau ingin perubahan lebih baik perlu tukar pemimpin yag kurang memberi kerjasama kerana ia hanya menjejaskan parti.

    BalasPadam
  5. saranan yang diberikan oleh pemimpin diatas perlu dibuat bagi memastikan jentera BN terus kukuh.

    BalasPadam
  6. BN harus bersatu bersama,..UMNO, MIC dan MCA harus bersatu untuk BN. Kuat kan jentera pertahan dan serangan untuk menentang pembangkang. Para pemimpin yang tidak mampu untuk memimpin haruslah digantikan demi masa depan rakyat.

    BalasPadam
  7. Yes, that is what the BN need right now - Transformation.

    BalasPadam