Khamis, Julai 22, 2010

JIKA GURU-GURU TIDAK MEMPERTAHANKAN SANJUNGAN TINGGI YANG MULIA INI MAKA IA AKAN MENJADI RENDAH DAN TIDAK LAGI DISANJUNG OLEH MASYARAKAT UMUM. - MUHIDDIN

Muhiddin gesa guru pedalaman komited terhadap tanggungjawab

21muhiddin1

RASMIKAN... Muhiddin memecahkan ketulan air (air batu) untuk mendapatkan plug Hari Guru, sambil diperhatikan oleh Raisin (kiri), Sahumin (dua dari kanan) Guru Besar SK. Jaya Baru Musa Numan.

22nd July, 2010

KENINGAU: Pengarah Pelajaran Sabah Dr. Haji Muhiddin Yusin menggesa guru-guru di kawasan pedalaman supaya komited dalam tanggungjawab mereka sebagai warga pendidik.

Katanya sebagai warga pendidik, mereka perlu berada dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

“Kita tidak mahu terdapat guru-guru yang berada di luar untuk urusan yang lain pada masa yang sepatutnya mereka berada di kelas,” kata Muhiddin semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Ke-39 Peringkat Daerah Keningau 2010 yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Panglima Lee Sin Sekolah Menengah (SM) Ken Hwa dekat sini kelmarin.

Pengarah Pelajaran Sabah itu berkata, sejak akhir-akhir ini terdapat murid di kawasan pedalaman yang tidak dapat menguasai 3M walaupun telah menghabiskan masa untuk belajar di sekolah rendah.

Masalah inilah katanya yang perlu diatasi dan cabaran bagi guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah terpencil di kawasan pedalaman.

“Pada zaman dahulu katanya, semua murid di sekolah rendah dapat menguasai 3M walaupun pada ketika itu guru-guru yang mengajar mereka hanya lepasan sekolah rendah,” jelasnya.

Tetapi pada masa ini katanya, terdapat murid di beberapa sekolah khususnya di kawasan pedalaman tidak dapat mengusai 3M.

“Perkara ini perlu diambil perhatian dengan serius supaya semua murid di sekolah rendah dapat menguasai 3M,” tegasnya.

Muhiddin dalam ucapannya turut menekankan supaya guru-guru mempertahankan profesion perguruan yang disanjung tinggi dan dianggap mulia oleh masyarakat.

Katanya, jika guru-guru tidak mempertahankan sanjungan tinggi yang mulia ini maka ia akan menjadi rendah dan tidak lagi disanjung oleh masyarakat umum.

Menurut Muhiddin guru adalah ibarat payung, tongkat, lampu dan loceng penggera yang memainkan peranan penting masing-masing.

Dalam masa yang sama, Muhiddin meminta guru-guru supaya membina hubungan yang lain kepada mana-mana jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Katanya, dengan adanya hubungan baik di kalangan jabatan kerajaan dan pemimpin-pemimpin masyarakat ia akan membantu pembangunan pendidikan di negeri ini khususnya di kawasan di mana guru-guru ditempatkan.

9 ulasan:

  1. Betul, pekerjaan guru dianggap sebagain pekerjaan yang mulia dan mendapat sanjungan tinggi dari masyarakat. Seorang guru perlu mempertahankan nama baik dan reputasi mereka sendiri serta menyempurnakan tanggungjawab mereka secara baik.

    BalasPadam
  2. menjadi guru merupakan pekerjaan yang sangat mulia. guru yang menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh komitmen akan melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.

    BalasPadam
  3. guru2 merupakan pendidik kepada generasi baru, mereka harus menunaikan tanggungjawab mereka dgn baik. masa depan anak2 muda terletak ditangan mereka.

    BalasPadam
  4. oleh sebab itu, kementerian atau kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mana2 guru yang sengaja mengabaikan tanggungjawab mereka dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang tugas masing2.

    BalasPadam
  5. A number of issues related to teacher has been surfaced a number of times in the previous months & it has tarnished the image of teaching profession...luckily, the overall perception towards teacher was still good among the people in Malaysia & some incident & issues related to teacher has been regarded as an isolated cases...

    Swift action taken by the relevant ministries to curb absentee among the teacher especially in the rural area is a proved that the government is serious in upholding the importance of education & the teaching career...

    BalasPadam
  6. Betul ba ni. So guru hendak lah lebih bertanggungjawab dan lakukanlah sebaik mungkin dalam menajalankan amanah yang diberikan.

    BalasPadam
  7. Setuju darshania. Mana tau cara ni dapat mengingatkan para guru akan t/jawab mereka kan. hehhe

    BalasPadam
  8. guru adalah contoh dan pendidik yang disegani di mata masyarakat. kalau ada guru-guru yang tiada hati mendidik..jangan jadi gurulah

    BalasPadam
  9. guru memainkan peranan penting dalam mendidik murid-murid..so berilah contoh terbaik kepada para pelajar.

    BalasPadam