Rabu, Julai 07, 2010

BOLEH MENERIMA JIKA BERITA-BERITA YANG DISIARKAN OLEH MEDIA MASSA ADALAH PERKARA BENAR, WALAUPUN LAPORAN-LAPORAN ITU YANG MENYENTUH KELEMAHAN BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI. - NAJIB

Media Jangan Rosakkan Akal Budi, Pemikiran Masyarakat - Najib

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengamal media di negara ini supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita-cerita rekaan, pembohongan, fitnah ataupun dusta.

Najib berkata, secara peribadi, beliau sendiri boleh menerima jika berita-berita yang disiarkan oleh media massa adalah perkara benar, walaupun laporan-laporan itu yang menyentuh kelemahan beliau sebagai perdana menteri.

"Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Felda bankrap la...nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar," katanya ketika berucap sempena lawatan beliau ke Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di sini, Selasa.

Najib berkata, cerita-cerita atau laporan yang mengandungi unsur-unsur sedemikian hanya akan memberi padah buruk dan tidak akan boleh membina masyarakat Malaysia yang kuat.

"Kalau bangunan rosak, jalan rosak kita boleh baiki, tetapi kalau rosak akal budi, nilai masyarakat...akan hanya bawa padah.

"Kita tidak mungkin akan menjadi masyarakat yang kuat dan hebat. Jadi media boleh memainkan peranan untuk membina akal budi, nilai murni dan daya keintelektualan masyarakat," katanya.

18 ulasan:

  1. bagaimana Malaysia mahu maju seperti negara2 lain, sedangkan rakyatnya sentiasa saling menjatuhkan sesama sendiri. untuk membina negara, kita perlu membina masyarakatnya dahulu. oleh sebab itu, media perlu mainkan peranan dengan menyalurkan maklumat yang boleh membina masyarakat seperti yang disarankan PM.

    BalasPadam
  2. media mempunyai peranan yang sangat penting dalam masyarakat moden dan mereka perlu memberikan gambaran yang jelas, tepat dan mampu membina masyarakat. bukannya menyebarkan fitnah atau menimbulkan prasangka atau sebarang yang diklasifikasikan sebagai negatif. diharapkan rakyat bijak menilai setiap sumber2 maklumat untuk santapan minda mereka.

    BalasPadam
  3. rakyat perlu bijak dalam menilai sendiri perkara yang disiarkan dalam media, sebaiknya jgn mudah terpengaruh dgn cerita2 yang tidak benar.

    BalasPadam
  4. saranan yang dibuat oleh PM patut diikuti terutamanya oleh pegamal media. ini kerana media merupakan sumber maklumat bagi kita semua. sekiranya media menyampaikan maklumat yang benar maka, benar lah maklumat yang kita dapat. Namun, jika maklumat yang disebarkan oleh media palsu maka, pelbagai tanggapan dan andaian buruk akan wujud...

    BalasPadam
  5. kita perlu berhati-hati dalam menerima maklumat...tafsir baik-baik dulu baru percaya..

    BalasPadam
  6. Rakyat perlu menilai setiap berita yang disiarkan oleh media massa, dan samada benar ataupun sebaliknya, kerana ia hanya akan mendatangkan padah kepada individu tersebut.

    BalasPadam
  7. Diharap masyarakat malaysia saling hormat menghormati antara satu sama lain, sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan PM amatlah diharapkan

    BalasPadam
  8. Perkara2x yang disiarkan tidak semestinya benar. Rakyat harus pandai menilai mana yang benar dan mana yang tidak. Jangalah kita cepat dipengaruhi dengan cerita2x disiarkan di media.

    BalasPadam
  9. Jika kritikan yang dikeluarkan benar maka pihak tertentu harus sedar akan kelemahan dan sedia perbaiki. Dan sekiranaya kritikan itu tidak benar maka pihak tertentu perlu untuk memperjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

    BalasPadam
  10. Tugas media massa adalah untuk menyiarkan segala berita dengan tepat. Jika tidak mahu media menyiarkan maklumat yang kurang disenangi, hanya ada satu cara, iaitu, jangan membuat perkara yang akan dijadikan berita buruk.

    BalasPadam
  11. Najib should take those criticism and improve himself.

    BalasPadam
  12. kata-kata PM memang benar media perlu menyampaikan apa yang benar sahaja..tiada keperluan untuk media menyampaikan maklumat yang tidak benar..

    BalasPadam
  13. To improve is to take the criticism without any hard feelings.

    BalasPadam
  14. pemberita haruslah mempunyai maklumat yang benar bukan semata-mata mahu terkenal sanggup memberi berita yang rekaan, fitnah dan sebagainya.

    BalasPadam
  15. Kadang2 penulis ni sengaja mengundang kemarahan antara kedua pihak.Macam penulis novel pula.

    BalasPadam
  16. As the latter said, if they were writing my weaknesses, I can accept it.But if they provide misleading statement, it is defamation.

    BalasPadam
  17. Jangan sebarkan fitnah dan khabar angin semata2 ingin melihat manusia bertelagah.

    BalasPadam