Prestasi Najib Tadbir Negara Cemerlang, Kata Abdullah
KEPALA BATAS, 13 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mentadbir negara dan ini dibuktikan melalui pelaksanaan beberapa dasar baru yang telah memberi manfaat kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata antara kejayaan itu ialah pengenalan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bermatlamat memastikan kesejahteraan rakyat dan kejayaan Malaysia tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling kompetitif di dunia.
"Seperti contoh tersenarai di tempat kesepuluh negara paling kompetitif, fakta ini bukan direka dan ia bukannya dikeluarkan Barisan Nasional (BN) tetapi oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.
"Tiada satu negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik. Ini satu perkara baik dan pihak lain tidak perlu lagi pertikai kredibiliti Perdana Menteri," katanya.
Enam NKRA berkenaan ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, menambahbaik sistem pengangkutan awam, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan akses lebih luas kepada pendidikan.
Abdullah berkata Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang dibentangkan Najib pada Khamis juga merupakan pelan pembangunan lima tahun yang mapan.
"Berpegang kuat kepada perpaduan dan jangan timbulkan prasangka tidak baik di kalangan masyarakat. Kalau tiada perpaduan akan berlaku kacau bilau serta pergaduhan, tiada siapa senang dan merugikan ramai pihak,"
tahniah,, Malaysia disenaraikan sebagai negara ke-10 paling kompetitif di dunia oleh “Competitive Yearbook for 2010″ IMD World yang berpangkalan di Switzerland. satu pencapaian yang baik.
BalasPadamPakar ekonomi berpendapat inisiatif dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah pemacu utama dalam meningkatkan perniagaan dan kecekapan kerajaan sehingga melonjakkan Malaysia menjadi negara ke-10 paling kompetitif di dunia..
BalasPadamtahniah. malah negara kini 13 tangga lebih baik berbanding Jepun. selain itu, pertumbuhan KDNK 10.1 peratus merupakan antara yang tertinggi di dunia dan ia dicatatkan sewaktu negara maju lain seperti Greece masih terbeban dengan hutang, manakala, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom masih berada dalam suasana ekonomi yang tertekan.
BalasPadamIt really depends on how you see it.
BalasPadamBaguslah kalau betul betul ada usaha.
BalasPadamkejayaan NKRA mencapai adalah hasil usaha dan kerjasama semua rakyat malaysia. ia juga membuktikan kejayaan pentadbiran Najib sehingga melaysia tersenarai 10 negara paling berdaya saing.
BalasPadamMasih awal untuk menilai. Ini hanyalah suntikan untuk kita lebih berusaha di masa akan datang. Jika program ini boleh berjaya kenapa tidak kepada program2 lain. Tidak ada yang mustahil jika bekerjasama antara satu sama lain.
BalasPadamharap kerajaan akan buat yang terbaik untuk membangunkan negara ini. rakyat akan gembira sekiranya dapat di lakukan semua ini.
BalasPadamI hope the continuous effort will be done to ensure the NKRA works well.
BalasPadamNampaknya Badawi amat menghargai pemberian Najib dalam memajukan negara.
BalasPadamrakyat percaya kerajaan yang membuat semua kata-kata yang telah mereka lepaskan. jd kerajaan haruslah membuat yang terbaik untuk rakyatnya.ia juga membuktikan kejayaan pentadbiran Najib yang telah menyenaraikan melaysia dalam 10 negara paling berdaya saing.
BalasPadam6 NKRA yang dimantapkan lagi dengan RMK10 adalah dialu-alukan oleh rakyat...seterusnya dijadikan KPI oleh semua badan-badan kerajaan terlibat untuk sama-sama berusaha mencapai NKRA tersebut kerana rakyat sudah lama menderita..dan ingin hidup bebas di negara sendiri seiring dengan kemantapan minda kelas 1!
BalasPadamNKRA adalah bukti apa yang dikata itu dikotakan! sejauh mana pencapaian NKRA, bergantung kepada peruntukan RMK10...dan kerjasama semua pihak terlibat NGO atau Awam
BalasPadamAs usual, I would like to see solid actions before I'm convinced.
BalasPadamHarap segala usaha diteruskan.
BalasPadam